
Personaliti media sosial, Ubai memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 petang tadi.
Berita tersebut dikongsikan oleh Ubai sendiri menerusi akaun Instagramnya. Terdahulu, Ubai memberitahu ibunya akan ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Isnin.
Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi.
Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi Isnin tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.
Sepatutnya ibu melalui enam kitaran kimoterapi tetapi hanya sempat buat lima dan berlaku pendarahan pada rahim ibu.
Selepas berlaku pendarahan itu, doktor cadangkan untuk buat lagi lima radioterapi dan Alhamdulillah kelima-lima kitaran itu dapat diselesaikan.
Pada mulanya, selepas rawatan radioterapi itu ibu nampak okay cuma tiba-tiba pagi semalam doktor kata tahap kesihatan ibu tidak stabil dan ambil keputusan untuk tidurkan.

Leave a Reply