“Setiap orang ada kisah masing2. Ibu tetap sayang anak-anak. Hanya keadaan tak menyebelahi” – Menantu

Sudah 24 tahun tidak bersua muka, seorang pengantin lelaki yang melangsungkan majlis perkahwinan di Dewan Panorama, Bagan Ajam, Butterworth, Penang gagal menahan sebak apabila dapat bersatu semula dengan ibu kandungnya. Situasi sebak itu dikongsikan sendiri oleh pengantin perempuan @nrulnbilaa di akaun TikToknya sejak kelmarin.

Pada tarikh perkahwinan kami tanggal 20 Januari 2024 ibunya datang ke majlis nikah kami

Difahamkan sebelum ini, wanita warganegara Indonesia tersebut telah berkahwin dengan bapa 2 beradik kembar itu yang merupakan rakyat tempatan. Walaupun tidak duduk sebumbung selama bertahun-tahun, aura kerinduan dan kasih sayang seorang insan bernama ibu jelas terpancar tatkala dia memeluk erat kedua-dua anaknya.

Ibunya selalu ingat anak-anak walaupun tak bersua muka

Jelas mempelai perempuan lagi, 2 beradik kembar itu ditinggalkan oleh ibu mereka sejak bayi lagi. Namun wanita berkenaan tidak pernah memutuskan pertalian keluarga antara mereka dan sentiasa berhubung seperti biasa. Meskipun ramai netizen bertanya di ruangan komen, tiada pihak yang mendedahkan punca sebenar di sebalik sejarah perpisahan mereka.

Terima kasih ibu sanggup datang dari jauh untuk tengok anak ibu kahwin

Apa yang pasti, setiap orang mempunyai sebab dan cerita tersendiri dalam takdir hidup mereka. Bukan sahaja mempelai, malahan tetamu lain yang ada di situ juga ikut sebak dengan penyatuan 3 beranak tersebut. Rakaman berdurasi seminit lebih ini sudah meraih lebih setengah juta tontonan.

@nrulnbilaaAlhamdulillah setelah hampir 24 tahun suamiku dan kembarnya tidak berjumpa ibunya, pada tarikh perkahwinan kami tanggal 20 Januari 2024 ibunya datang ke majlis nikah kami. Terima kasih ibu sanggup datang dari jauh untuk tengok anak ibu nak kawen. šŸ«¶šŸ»ā¤ļø Terima kasih jugak dkt videographer kami sbb record moment2 ni .ā™¬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

KREDIT : TikTokĀ Billaaa

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.