“Bila Sharnaaz dah komen, mmg netizen sokong..” Suara lebih kurang Fazura, Sharnaaz Ahmad seloroh ada peluang keluarkan single

Suara lebih kurang Fazura?

Pelakon Sharnaaz Ahmad berseloroh dengan menyifatkan suara dimiliki lebih kurang serupa dengan aktres, Fazura yang mendapat pelbagai kritikan dalam kalangan warganet, hari ini.

Dalam ruangan komen di Instagram era.je, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad juga berseloroh dengan menyatakan dirinya yakin mempunyai peluang untuk mengeluarkan ‘single’  selepas melihat video nyanyian bekas isteri pelakon Fattah Amin itu.

“Okey, aku ada geng. Suara kita lebih kurang ni.
“Aku ada chan (peluang) ni dengan single aku akan datang,”selorohnya.

Komen yang ditinggalkan oleh Sharnaaz itu turut menarik perhatian ramai termasuk bekas pemain bola sepak kebangsaa, Safee Sali.

Suara lebih kurang Fazura

Terdahulu, pelakon sensasi Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin membuat persembahan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta itu secara siaran langsung dalam program temu bual bersama Sea Today di Jakarta, Indonesia.

Bagaimanapun, nyanyiannya mula menuai kecaman dalam kalangan netizen yang menyifatkan ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak mempunyai ton suara yang merdu.

Malah, mereka juga mempersoal di mana aktres berusia 41 tahun itu membeli keyakinan diri untuk berada dalam bidang nyanyian.

Dalam program yang sama,  Fazura juga menjelaskan lagu Bertahan Demi Cinta mengisahkan tentang seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai.

Dia turut mendedahkan tak menyesal hubungan dengan bekas suaminya, Fattah Amin berakhir selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sekadar info, pasangan selebriti itu telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, hari ini selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Sumber: Instagram era.je

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.