” Suka lah tengok Datin Red ni, jenis pemalu. Cantik dan kelakar macam Adira juga.. ” – Netizen
Sejak kemunculan Dato’ Red live di Tiktok bersama Adira Suhaimi, ramai yang bertanyakan di manakah seorang lagi isterinya, Datin Red. Dato’ Red menjawab dengan tenang dan memberitahu Datin Red sangat pemalu dan tidak mahu muncul di live.
Meninjau entry di akaun Tiktok Dato’ Red dan Asmaliza.msr, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kemunculan Datin Red buat pertama kalinya dalam live Dato’ Red. Betul lah kata Dato’ Red, Datin Red ini pemalu orangnya.
Dari gaya bercakap terserlah sifat pemalunya apabila perlu berkomunikasi secara live dengan follower sebegitu. Kesempatan ini juga digunakan oleh Datin Red untuk bertanyakan kepada followers apa yang Dato’ Red pernah mengata pasal dirinya sebelum ini.
Berbagai-bagai jawapan yang keluar antaranya Ju On, radio buruk dan orang tua. Dato’ Red pula perangai lawaknya sama sahaja ketika bersama Adira atau pun Datin Red. Sempat juga Dato’ Red membuat mimik muka pada Datin Red. Pemalu dan tidak sweet, itu yang Datin Red sifatkan akan dirinya.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Datin Red dan Adira, dua-dua cantik, dua-dua pun kelakar dan suka ketawa. Dia tak kutuk cuma dato cakap gurau-gurau je.. ”
” tak tua pun dua dua cantik semoga kekal hingga ke Jannah amiin.. Cantiknya datin red.. datin dan adira sama cantik.. ”
” Bagus Dato’ Red bersikap adil. cantik2 ye bini Dato’ red ni. semua nampak baik. Alhamdulillah. dato red rezeki mencurah curah.. ”
” Pandai Dato’ Red cari isteri-isteri. Lawa dan happy. kutuk tu gurauan je hehe.. Dato klu dgn adira, kemain lagik, siap pegg² & luv u, bila dgn datin hilng plk.. haha tok takut bini garang haha.. ”
” Datin Red ni dah ler cantik, baik, nampak je garang tapi jiwa lembut. Tu yang dato red sayang.. ni versi abang Jamil dan Latipah haha.. ”
” Dato ni mana-mana pun lawak.. jenis sayang isteri yang kita nampak.. untung ada isteri-isteri yang saling menyokong dato. Semoga jodoh korang kuat.. ”
” Suka lah tengok Datin Red ni. jenis pemalu dan tak ambik kisah apa orang kata. dia ada aura dia tersendiri, yang penting suka ketawa dan pemurah senyuman macam adira.. i likeee.. ”
Tentunya warganet gembira dan berpuas hati apabila dapat melihat Datin Red turut live bersama Dato’ Red. Nampak sama sahaja cara Dato’ Red melayan kedua-dua isterinya, cuma Datin Red agak pemalu orangnya. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk Datin Red dan Dato’ Red.
Sumber : Tiktok Datored5, Tiktok asmaliza.msr, tiktok supportdatored
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.