Video Tebuk Ngaji Qawiy Aro Bersama Izzue Islam Raih Pujian Warganet. Sedapnya Suara Izzue Mengaji, Walaupun Awal-Awal Tu Auto Muka Pucat Masa Nampak Qawiy, Haha !!

Bagi yang suka mengikuti content creator,  Abdul Qawiy Aro atau lebih dikenali dengan nama Qawiy pasti mengetahui yang Qawiy suka membuat video ‘ Tebuk Ngaji ‘ bersama beberapa selebriti tanah air. Sebelum ini, antara ‘mangsa’ Qawiy adalah Namie, Fahami Rahmat, Shukri Yahaya dan lain-lain lagi.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Qawiy telah dikongsikan video yang memaparkan pada kali ini, Qawiy bersama penyanyi dan pelakon terkenal, Izzue Islam. Menerusi video itu, seperti biasa Qawiy meminta Izzue untuk menyambung bacaan surah yang dibacanya.

Kedengaran Qawiy membaca ayat kursi. Jelas kelihatan pada awalnya wajah Izzue agak sedikit pucat gara-gara berdebar untuk membaca sambungan surah oleh Qawiy. Namun begitu, meskipun gementar, bacaan Izzue sangat merdu dan mendapat pujian oleh Qawiy.

Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian wargnet. Ramai yang terhibur melihat reaksi wajah pucat Izzue. Sehingga kini, video Izzue membaca ayat kursi menerima lebih 9,500 tanda suka sejak ai dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai merdunya suara Izzue.

Tonton video di bawah ini :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abdul Qawiy Aro (@qawiyaro)

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video oleh Qawiy dan memuji bacaan Izzue. Antara komen-komen warganet adalah :

” Sedapnya bacaan Izzue, walaupun muka tu nampak pucat teruk sebab tak0t punya pasal, haha.. Terbaik lah suka tengok content mcm ni.. “

” The best part psl Qawiy punya content ni.. Tak kira spe2 yg Qawiy terjah, ada je auto gugup.. Masyaallah merdunya suara Izzue Islam.. “

” Teruskan content yang bermanfaat mcm ni Qawiy, ajak anak² muda buat content yang memguntungkan dunia & akhirat.. ” 

” Nasib ingat nak baca walaupun laju hahahahahha.. Nampak Izzue betul2 cuak beb lepas terjumpa dengan Qawiy, hehe.. “

” Mmg auto gugup la, hahaha.. Teringat zmn skola dok hafal.. Ble da hafal cpt2 g meja cikgu sbb tkot lupa.. Btw mantul suara Izzue.. “

” Sedapppp izzue baca… Alhamdulillah terbaekk.. Lepas ni Alif Satar please.. Teringin nk tgk Qawiy, harap2 Qawiy baca komen sy ni.. “

” Qowiy org paling ditakuti di Malaysia skrg.. Bila sampaj bismillah tiba2 cuwakkk.. Nasib ayat kursi.. Merdu bacaan Izzue.. “

Boleh dikatakan sesiapa sahaja bertemu dengan Qawiy untuk segmen ‘ Tebuk Ngaji ‘ pasti akan gugup gara-gara gementar untuk menyambung bacaan oleh Qawiy. Apa-apa pun terbaik lah setiap perkongsian video ‘ Tebuk Ngaji ‘ , semoga perkongsian video ini memberikan manfaat buat semua pembaca.

Sumber : IG qawiyaro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*