“Sy mohon maaf sebab..” Tak sangka ini respon Elly Mazlein slps pihak Astro gugurkan beliau dari GV

Pihak Astro hari ini telah mengumumkan bahawa Elly Mazlein tidak akan meneruskan khidmatnya sebagai salah seorang pengacara All Stars Gegar Vaganza bermula minggu ke empat.

Pada minggu depan, hanya Nabil Ahmad dan Jihan Muse saja yang akan menerajui program berkenaan.

Pengunduran Elly Mazlein ini disahkan oleh wakil Astro pada hari ini.

Berdasarkan kenyataan, Elly Mazlein tidak lagi bersama Gegar Vaganza atas sebab hal peribadi yang tidak diperincikan.

PENGUMUMAN DARI WAKIL ASTRO

Ini kenyataan rasmi dari pihak Astro iaitu Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad tentang pengunduran Elly Mazlein.

“Setelah pertimbangan secara teliti, secara berat hati pihak Astro dan Elly Mazlein atau Kak Lina mahu membuat pengumuman iaitu pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza.”

“Ini berlaku di atas hal-hal peribadi. Sungguhpun bersedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil oleh Elly Mazlein.”

“Dengan ini, pihak Astro mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.”

“Sudah tentunya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang.”

KENYATAN ELLY MAZLEIN

Kak Lina juga ada mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf atas hal yang berlaku.

“Kak Lina nak minta maaf sebab tak dapat teruskan jadi pengacara All Stars Gegar Vaganza di atas sebab-sebab peribadi.”

“Saya mahu ambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi galakkan dan sokongan kepada Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.”

“Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya. Dengan izin dari Illahi, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang masih lagi ada.”

Itulah kenyataan rasmi dari pihak Astro dan Elly Mazlein, dan pada minggu depan, minggu berduet, hanya Nabil dan Jihan saja yang akan jadi pengacara GV10.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.