Syamsul Yusof Sedia Untuk Bercerai Tapi Ira Kazar Tak Datang Mahkamah?
Baru-baru ini, kecoh mengenai rumah tangga pengarah tersohor Syamsul Ysof dengan isterinya, Faghirah Fatini Binti Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar.
Syamsul difahamkan telah memfailkan cerai dan hari ini merupakan sebutan kes tersebut di Mahkamah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, kes tersebut terpaksa ditunda kerana Ira Kazar difahamkan tidak hadir ke mahkamah dan baru sahaja melantik peguam.
Story Ira Kazar ketika tak hadir ke mahkamah
Menurut laporan Media Hiburan, peguam mewakili pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan anak guamnya itu bersedia melafazkan cerai terhadap isterinya.
Sebagai info, pada 6 Januari tahun lalu, pasangan itu bernikah di Selatan Thailand. Tindakan Syamsul itu menyebabkan, pelakon Puteri Sarah yang merupakan isteri pertamanya pada ketika itu memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Sebelum ini, terdapat khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu sejak Oktober tahun lalu namun kedua-dua mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengesahkan kahabr angin itu.
Sumber: Media Hiburan, Utusan Malaysia
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.