Meskipun lambat, Fasha Sandha & suami syukur anak dah ‘naik’ al-Quran

Pelakon jelita berbakat besar, Fasha Sandha menzahirkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Putri Rasya Jemyma kini sudah mula membaca al-Quran meskipun boleh dikatakan sedikit lewat.

Syukur dah ‘naik’ al-Quran
Meskipun sedikit lambat, namun pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan tetap berbangga dengan perkembangan Jemyma yang kini berusia 8 tahun, termasuk anak-anak lain.

“Syukur, alhamdulillah.
“Putri Raysha Jemyma, kenangan naik Quran di usia 8 tahun. Syukur, walau sedikit terlambat naik Quran disebabkan pandemik Covid-19 terlalu lama, kami tetap berbangga dengan kejayaan semua anak-anak. Biar lambat asalkan pasti (berjaya), insyaAllah,”luahnya dalam hantaran di Instagram.

Terima kasih kerana bimbing anak2 kami
Dikesempatan itu, Fasha turut berterima kasih kepada barisan ustaz dan ustazah yang sudi membimbing anak-anaknya dalam mengenal bacaan ayat suci al-Quran, lebih-lebih memperkenalkan sebutan asas sehingga berjaya hingga kini.

“Terima kasih Ustaz dan Ustazah kerana membimbing anak-anak kami. Syukur, alhamdulillah.
“Simpan sini untuk kenangan. Anakku sayang, semoga mendapat barokah dari Allah SWT,”tulisnya lagi.

Turut hadir bersama bagi meraikan momen berharga tersebut adalah bekas suami aktres berusia 39 tahun yang juga bapa kandung kepada anak perempuannya, selain suami, pelakon Aidil Aziz.

Alhamdulillah, tahniah! Suka tengok hubungan bersama bekas suami
Rata-rata warganet turut meninggalkan ucapan tahniah buat Jemyma atas kejayaannya selain tumpang bahagia melihat hubungan Fasha Sandha bersama bekas suami.

 

Sumber: Instagram @fashasandha

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*