“Tak Kecil Hati? Dia Kahwin, Benda Baik” Butik Pakaian Muslimah Kaburkan Wajah Marissa Dania?
Tindakan jenama pakaian muslimah terkenal Leeyanarahman mengaburkan wajah salah seorang model yang difahamkan anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim mengundang pelbagai respons warganet.
Ada yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana boleh menjatuhkan air muka individu berkenaan.
“Tak kecil hati dia ker korang buat macam ni? Ruhainies tu kena tangkap khalwat, Marissa tu kahwin, benda baik.
“Not nicelah buat macam ni, macam cyber bully, fikirlah sebelum buta-buta ikut trend.
“Yang kena censor tu sebab ditangkap khalwat tau, Marissa ni kahwin walaupon sondol suami org. Situasi berbeza.
“Aaahh kenapa tutp muka dia, masa isu tengah hangat korang gak ambik dia jadi model pastu nak ikut trend blur pulak muka budak tu.. patutnya tak yah ambik dari awal bukan sekarang baru tutup muka dia,” komen beberapa warganet.
Dalam video yang berlatar belakangkan lagu raya itu, tiga model wanita berhijab ditampilkan namun salah seorangnya dikaburkan wajah, sama seperti nasib yang menimpa seorang pelakon kontroversi baru-baru ini.
Namun, ada juga yang menyokong tindakan jenama pakaian berkenaan yang bertindak mengaburkan wajah model terbabit.
“Tertanya-tanya juga bila Leeyanarahman nak buat benda sama kat Marissa macam iklan Kitsui. Finally.
“Baru rasa tenang nak beli. Kalau nampak auto nampak tak ada kelas. Cecepat scroll laju,” tulis beberapa warganet lain.
Terdahulu, nama Marissa kembali menjadi bualan ramai pada Januari lalu selepas dikatakan sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Pasangan terbabit didakwa mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu berada di Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.