Ramai Perasan Sesuatu Tak Kena Masa Rakaman Video Terakhir Arwah Ridzuan Hashim Buat Peminat Sebak
Kuala Lumpur – Video sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga pelakon dan pengacara Didie Alias kembali mendapat perhatian netizen selepas bekas suaminya, Ridzuan Hashim meninggal dunia pada pagi Khamis.
Apa menarik perhatian, sambutan itu turut disertai oleh Allahyarham yang diadakan di sebuah vila ditempah khas di Melaka dan turut disertai oleh anak-anak mereka selain ahli keluarga lain.
Difahamkan, itu kali pertama sambutan hari raya secara besar-besaran Didie, 52, bersama Ridzuan selepas mereka bercerai sejak 21 tahun lalu.
Ridzuan Hashim Nampak Sugul, Pencilkan Diri Tepi Tangga
Menerusi video berkenaan, Ridzuan, 62, kelihatan tidak bertenaga malah anaknya sempat merakamkan pelakon dan bekas model itu duduk di tepi kolam renang sambil termenung.
Arwah juga dilihat tidak bermaya ketika berbual, selain kelihatan sugul dan tidak bersemangat walaupun dikelilingi suasana meriah sempena Syawal dan saudara mara.
Ridzuan juga dilihat seakan-akan memberikan senyuman tawar ketika bergurau senda bersama anaknya yang seolah-olah bukan kebiasaan sifat dirinya.
Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya.
Namun begitu, berita sedih diterima pada Khamis apabila, anak saudara Allahyarham iaitu pelakon Iman Zulkarnain mengesahkan Ridzuan meninggal dunia sekitar pukul 11 pagi.
Iman memaklumkan arwah tiba-tiba rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Didie turut memberi peluang kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan untuk menziarahi jenazah arwah selain turut memohon semua d.osanya diampunkan.
“Saya memohon kepada semua, sesiapa yang ingin menuntut hutang boleh menghubungi saya. Ampunkan dan maafkan Allahyarham,” katanya.
Allahyarham dilahirkan pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan Didie pada tahun 1991 namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Nur Dhaniyah, 30, Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Danie, 25 dan Nur Diana, 24 tahun.
Antara filem lakonan Allahyarham ialah Antara Dua Hati 1988, Hati Bukan Kristal, L.urah Dendam, Ghazal Untuk Rabiah, Sri Dwi Malam, Cinta 200 Ela dan KL G.engster.
Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM ke9 menerusi filem Hati Bukan Kristal.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.