Peguam Jelaskan Berlaku Salah Faham Isu Tiga Penyampai ERA FM

Sejak beberapa hari lalu, satu video melibatkan tiga penyampai radio menjadi tular kerana didakwa mempersendakan satu perayaan agama. Isu ini mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ramai yang mengecam dan menuntut permohonan maaf secara terbuka.

Namun, seorang peguam dikenali sebagai Mahmud Jumaat, tampil menjelaskan bahawa isu ini sebenarnya hanyalah salah faham yang diperbesarkan.

@mahmudjumaat PLOT TWIST KE ADA SALAH FAHAM 4 PERJARA YANG RAMAI TIDAK TAHU SEHINGGA ADA YANG HILANG PERTIMBANGAN #era #azad #nabil #hina #agama #fyp #viral #fypage ♬ original sound – Mahmud Jumaat.

Bukan tarian Kavadi tetapi tarian Muay Thai, Miki Ghazali…

Peguam tersebut menegaskan bahawa tarian yang dilakukan oleh Pak Azad dalam video itu bukanlah tarian kavadi, sebaliknya meniru gaya entrance Muay Thai atlet terkenal, Miki Ghazali.

Tunjukkan kepada saya dalam tarian kavadi, ada tak ciri-ciri seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut?

Beliau turut menjelaskan bahawa lagu latar yang dimainkan juga bukan muzik upacara keagamaan, tetapi lagu yang sering digunakan untuk entrance pertarungan Muay Thai.

- IKLAN -

Laungan Vel Vel yang disalah tafsir…

Selain tarian, laungan Vel Vel turut menjadi perdebatan. Ramai yang mendakwa ia dilakukan untuk mengejek perayaan tersebut.

Bagaimanapun, peguam itu menjelaskan bahawa mereka tidak ketawa kerana perkataan itu, sebaliknya mereka sudah lama terhibur dengan tarian Azad yang cuba meniru gaya Miki Ghazali.

Kalau saya ada kat situ pun saya tak tahan tengok muka Pak Azad dengan tarian entrance Miki Ghazali tu.

Permohonan maaf Pak Azad, Nabil dan Radin terlalu cepat?

Menurut peguam ini, tindakan penyampai radio tersebut yang terus memohon maaf tanpa memberi penjelasan lebih awal mungkin satu kesilapan.

Dalam mahkamah, kita kebiasaannya menasihatkan anak guam untuk tidak terus memohon maaf tanpa memberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Bila terus mengaku salah, ia seolah-olah menunjukkan memang ada niat untuk menghina dan mempersendakan agama Hindu.

Walaupun permohonan maaf itu terpuji, ia juga memberi ruang kepada pihak tertentu untuk terus memperbesarkan isu ini.

Isu cuba diperbesar-besarkan?

Dalam masa yang sama, peguam tersebut turut menyuarakan rasa kecewa kerana insiden ini menyebabkan penghinaan terhadap agama Islam pula.

Ada yang menghina kami sebagai pelacur di masjid dan menghina kitab suci Al-Quran secara terang-terangan.

Sekarang, ada ke yang sanggup turun ke masjid kami untuk mohon maaf seperti yang saudara kami lakukan semalam?

Isu sensitif seperti ini perlu dilihat dari pelbagai sudut sebelum membuat kesimpulan. Salah faham mudah berlaku, lebih-lebih lagi apabila hanya sebahagian video dikongsi tanpa konteks penuh.

Kita harus memastikan keharmonian negara ini terjaga dengan memahami sesuatu perkara sebelum bertindak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahmud Jumaat (@mahmud_jumaat)

Sumber – OhMedia dan IG mahmud_jumaat