Tak tidur sampai jam 3 pagi sebab layan video ni la, rupanya kena kencing.. Tapi serius, design setiap rumah tu wow sangat.
Video ‘primitive building’ di YouTube yang menyaksikan 2 lelaki mahir membina rumah-rumah cantik dalam kawasan hutan sering menarik perhatian ramai untuk menonton sampai habis meskipun durasinya agak panjang. Pastinya muncul juga rasa kagum di kalangan penonton bagaimana binaan seunik itu boleh disiapkan walhal mereka cuma menggunakan alat pertukangan biasa dan bahan dari sumber semula jadi.
Mr Chhun dedahkan proses sebenar pembinaan rumah ala-ala primitif
Namun akhirnya, kerja-kerja di sebalik tabir untuk menghasilkan konten primitive building ini telah didedahkan sendiri oleh salah seorang content creator dari Kemboja iaitu @Mr Chhun. Berada di salah sebuah lokasi pembinaan rumah, lelaki itu menunjukkan sebenarnya ramai pekerja lain yang terlibat sama dalam menyiapkan projek tersebut.
@mr.chhun168 ក្រៅពីភ្លៀងគ្មានអ្វីធ្លាក់ពីលើមេឃដោយងាយៗនោះទេ#youtube #youtuber #primitive #build #building #underground #undergroundhouse ♬ original sound – MUSICIAN MAN
@mr.chhun168បទថ្មី ល្បី ហើយប្លែក🤣🤣🤣
Turut menggunakan bantuan mesin moden
Ini sekaligus melenyapkan kepercayaan ramai kononnya rumah itu disiapkan sendiri oleh 2 karakter dalam video tersebut. Daripada proses memindahkan tanah sampailah mengisi air ke dalam kolam renang, semuanya menggunakan mesin-mesin moden. Namun tidak dinafikan, hasil kerja mereka memang sungguh teliti mengikut visual rekaan yang sudah disediakan.
@mr.chhun168 👉ជីវិតដែលមានបន្ទុកអាចនិងហត់នឿយបន្តិច មានធ្ងន់ខ្លះ មានស្រាលខ្លះ តែចូរចងចាំថា បន្ទុកនៅក្នុងថ្ងៃនេះ គឺជីវិតនិងល្អនៅថ្ងៃខាងមុខ💪🏻 #youtube #youtuber #primitive #primitive_technology #underground #undergroundhouse #minecraft #reallife @ឈុន នីយ៉ា វត្តី លក់គ្រឿងអលង្កា ♬ original sound – MUSICIAN MAN
@mr.chhun168♬ original sound – Bong_Phan
100 hari membina rumah primitive
Ada masanya, mereka juga berdepan dengan risiko kerosakan rumah yang baru siap separuh jalan misalnya ketika musim hujan yang ‘melarutkan’ tanah-tanah binaan. Tambah Mr Chunn yang juga seorang jurukamera, proses untuk menyiapkan sebuah projek memakan masa kira-kira 3-4 bulan.
@mr.chhun168Rainy Season
@mr.chhun168100 Days We Build Underground Swimming Pool and WaterSlide
KREDIT : TikTok mr.chunn168