Pasangan Suami Isteri Tular Di TikTok Gara-Gara Aksi Tak Senonoh, Tawar RM50,000 Buru Penyebar Video

Pasangan suami isteri yang merupakan peniaga spontan mencetuskan kemarahan netizen apabila satu rakaman video sesi langsung (live) TikTok mereka tular memperlihatkan aksi yang dilihat tidak senonoh. Dalam video tersebut, suami dilihat secara selamba mencium pipi dan meraba bahagian dada isterinya ketika sedang mempromosikan jualan produk.

Kelakuan mereka yang kelihatan begitu terbuka dan tanpa segan silu mendapat kecaman hebat dari warganet yang menganggap tindakan sebegitu tidak menghormati platform media sosial, apatah lagi ia turut ditonton oleh golongan kanak-kanak.

Rakaman yang dirakam oleh pihak ketiga tanpa kebenaran ini viral di beberapa laman media sosial termasuk Threads, yang kemudiannya menjadi perbualan hangat serta bualan kritikan di kalangan netizen.

Menariknya, pasangan tersebut tampil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa video yang tersebar hanya sebahagian kecil daripada sesi langsung berdurasi dua jam. Mereka mendakwa video itu diputarbelit oleh pihak tertentu yang bertujuan mencemarkan nama baik mereka.

- IKLAN -

Tidak berpuas hati dengan penyebaran itu, pasangan peniaga ini menawarkan ganjaran lumayan sebanyak RM50,000 kepada sesiapa yang dapat membantu mencari dan membawa individu yang merakam serta menyebarkan video tanpa izin mereka. Wanita dalam video dilihat berdiri sambil memegang papan tanda yang tertera jumlah ganjaran tersebut dalam satu sesi siaran langsung di media sosial.

Isu ini turut dibawa ke perhatian pihak polis untuk tindakan lanjut. Namun, tindakan pasangan yang dilihat seperti menyalahkan netizen itu kembali mendapat kritikan kerana dianggap tidak bertanggungjawab dan menyemarakkan lagi kemarahan masyarakat.

Beberapa pengguna media sosial berpendapat adalah lebih baik jika semua pihak dapat bermaafan dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini, bukannya menambah keruh keadaan dengan saling menyalahkan.

Apa yang boleh diambil daripada kejadian ini adalah agar pengguna media sosial memanfaatkan platform dengan cara yang positif dan memandang serius soal etika terutama apabila kandungan mereka berkemungkinan ditonton golongan muda dan kanak-kanak.

Sumber: Beautifulnara, Threads, OhMedia.