13 Tahun Hidup Terseksa, Zahnita Wilson Mahu Keluar Dari Detik Hitam – “Saya Rasa Seperti Hamba…”

Pelakon terkenal, Zahnita Wilson bertekad untuk memfailkan cerai terhadap suaminya Abdul Zackery Ghouse selepas tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.

 

“Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini ialah Allah SWT dan sokongan daripada ibu saya. Doa dia mengiringi perjalanan saya hari ini.

“Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” katanya.

- IKLAN -

“Saya tidak mahu melakukan ini. Tetapi saya terpaksa. Ini adalah sebab kenapa saya tinggalkan rumah lama saya. Dan juga menjadi sebab kenapa saya selalu pakai cermin mata hitam,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Dalam pada itu, Zahnita juga bersyukur selepas dimaklumkan suaminya kini sudah ditahan pihak berkuasa.

“Lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa risau apa-apa. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.

- IKLAN -

 

“Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.

 

“Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan.

“Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini,” jelasnya.

Sumber: Kosmo