“Mula2 saya tak perasan.. Bila sampai harijadi dia baru sy fhm maksudnya..” Isteri Suhaimi Dedah kejadian Aneh Sblm Arwah pergi..
JOHOR BAHRU: “Arwah suami pergi dalam keadaan yang tenang dan mudah, di sisi saya dan semua anak-anak kami.”
Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim berkata, suaminya, Mohd Suhaimi Saad yang juga bekas kumpulan In-Team itu sudah mula batuk teruk sejak Ogos lalu.
Katanya kesihatan suaminya semakin merosot awal Oktober selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).
“Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit birit. Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu.
“Semasa dari Hospital Kota Tinggi lagi, arwah minta ditidurkan sebagai ikhtiar terakhirnya.
“Semasa hidup, arwah suami juga ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun, dan 12 Oktober lepas genap usianya 43 tahun,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HSI di sini, malam ini.
Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut Ina, arwah hanya meninggalkan pesan meminta maaf kepada semua orang seperti yang dimuat naik di laman sosial TikTok miliknya sebelum ditidurkan.
Katanya sebagai isteri arwah, pihaknya juga memanjatkan permohonan maaf bagi mewakili arwah suaminya.
“Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau termakan, terminum atau terambil apa-apa, saya memohon maaf bagi pihak dia,” katanya.
Allahyarham Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Suhaimi dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.
Jenazah dijangka dikebumikan di sana kira-kira jam 9 pagi harini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.