AKPS mahu ‘counter setting’ di pintu masuk negara lenyap, pegawai berprestasi diragui tidak lagi diberi ruang – Mohd Shuhaily

PUTRAJAYA, 25 Julai 2025 – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan menggandakan usaha mengekang kegiatan ‘counter setting’ di lapangan terbang dan pintu sempadan menerusi dasar kemasukan pegawai lebih ketat, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Menurut beliau, AKPS – yang menyatukan pegawai Imigresen, Kastam dan beberapa agensi lain – kini sedang memuktamadkan garis panduan baharu supaya hanya anggota bebas rekod tatatertib diserap mengawal kaunter pemeriksaan.

“Kita mewarisi pelbagai isu lama. Saya mahu hentikan ‘counter setting’ dengan sokongan dasar yang kukuh serta barisan pegawai berintegriti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat AKPS di sini, hari ini.

@majoritiofficial Shuhaily memberikan amaran keras kepada pegawai imigresen untuk tidak mengambil rasuah.. Klik link untuk artikel penuh #shuhaily #akps #imigresen #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #majoriti ♬ Powerful dark futuristic science fiction film music(1536393) – Azure Glitch

Pegawai imigresen ditahan

Dalam operasi dalaman pagi tadi, seorang pegawai Imigresen berusia awal 30‑an ditahan bersama wang tunai kira‑kira RM8,000 dan tiga telefon bimbit. Individu yang baru empat tahun berkhidmat itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan disiasat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM.

Mohd Shuhaily menjelaskan ketirisan berulang kerana tiada mekanisme pantas menamatkan perkhidmatan penjawat awam terlibat rasuah:

- IKLAN -

“Ketua jabatan hanya boleh menukar pegawai sebagai langkah awal sementara proses tatatertib berjalan. Ia mengambil masa kerana setiap penjawat awam berhak membela diri.”

Cadang skim penamatan segera

Beliau sudah mengemukakan cadangan agar diwujudkan skim atau mekanisme lebih tegas supaya pegawai berprofil rasuah boleh ditamatkan perkhidmatan dengan cepat dan berkesan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan itu memerlukan penelitian menyeluruh bersama Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan agensi berkaitan bagi memastikan selari dengan perundangan sedia ada.

Sumber – Bernama