“Ujian untuk Ira, smoga Ira tabah..” Respon Ira bila ditanya di mahkamah

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof melahirkan rasa rindu terhadap pengamal media sebelum memasuki kamar bicara di Mahkamah Rendah Syariah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di sini, hari ini.

Syamsul Yusof atau nama penuhnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, hadir memakai sut lengkap berwarna hitam kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah.

Sementara, isterinya, Ira Kazar turut hadir dengan ditemani peguam syarie, Muhammad Fadhil Abd Razak juga kelihatan tenang dan tersenyum ketika disapa.

“Saya baik Alhamdulillah.

“Komen saya, tunggu selepas ini. Terima kasih semua, rindu semua,” kata Syamsul hari ini.

Dalam pada itu, peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais berkata hari ini akan berjalan kes pengesahan lafaz cerai taklik yang difailkan oleh Ira selaku plaintif.

“Pihak Ira serahkan saman pada pihak kami pada 28 Ogos lalu.

“Ira failkan kes cerai taklik ini dua hari selepas kami failkan kes cerai di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

“Terdahulu, Ira failkan kes ini pada 21 Ogos lalu,” katanya.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak turut hadir.

“Hari ini sebutan pertama untuk lafaz cerai dan saya difahamkan hari ini akan ada siasatan dan keputusan bergantung kepada mahkamah. Kedua-dua pihak akan hadir,” katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Kredit-Kosmo

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.