Zamarul hisham Terima pujian, kali ni watak lain dari sebelum ni bnyk jadi bapak2 je
Apabila menyebut nama Zamarul Hisyam, pelakon ini sememangnya popular dengan watak antagonis. Namun menerusi telefilem komedi ‘Terompak Sana Tertukar Sini’ yang diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd, peminat cukup terhibur dengan keupayaannya membawa karakter kelakar apalagi setelah digandingkan dengan Elly Mazlein, a.k.a Kak Lina Pom Pom.
Dugaan Romi & Julia bermula selepas disahkan muflis
Ringkasnya, ‘Terompak Sana Tertukar Sini’ mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Romi (Zamarul) dan Julia (Kak Lina) yang mempunyai kehidupan cukup bahagia. Pun begitu, masalah mula melanda apabila mereka diisytiharkan muflis dan anak mereka iaitu Syafiq disahkan mengalami komplikasi otak sehingga memerlukan surgeri dengan kadar segera.
Tertukar roh ketika cuba rompak rumah orang
Romi dan Julia terpaksa tebalkan muka meminjam wang daripada orang sekeliling, namun semuanya tidak berhasil. Akibat terdesak mendapatkan RM50,000, mereka nekad merompak sebuah rumah pengasas kosmetik kaya. sebelum satu kejadian aneh berlaku. Malangnya sewaktu Julia cuba memecahkan peti besi, dia tiba-tiba terkena renjatan elektrik sehingga Romi turut rebah ke lantai.
Apabila tersedar, rupanya mereka berdua sudah tertukar roh dan si sinilah bermulanya pelbagai adegan kelakar menyaksikan Zamarul Hisyam membawa watak lembut, manakala Kak Lina membawa karakter kasar.
Pandai Zamarul buat gaya Kak Lina…Macam mana boleh berlakon dengan tahan gelaknya?
Menjengah ke ruangan komen, netizen akui cukup terhibur dengan telefilem berkenaan. Mereka turut memuji keberkesanan lakonan Kak Lina dan Zamarul Hisyam membawa karakter masing-masing.
@eja_airiel Tertukar badan plak 🤭 #terompaksanatertukarsini ♬ original sound – EjaAiriel🌹
KREDIT : TikTok EjaAiriel
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.