sebak !!allahu mungkin rindu sangat dengan arwah ibu..Raisuddin tak percaya Uwais cakap

Menghargai setiap perkara yang ibu lakukan kepada kita sepatutnya bukanlah hanya pada hari tertentu, namun Hari Ibu yang disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun merupakan satu hari yang sangat istimewa buat anak-anak untuk ibu mereka.

Namun, tidak semua antara kita yang diberikan peluang untuk mengucapkan penghargaan kepada ibu tercinta sempena hari istimewa ini kerana ratu hati ini tidak lagi ada bersama mereka.

Menerusi hantaran Instagram Suci Uwais, berkongsi sebuah video pendek yang mengundang sebak orang ramai, lakonan anak sulung Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, Uwais Al Qarni sempena Hari Ibu semalam.

Dalam video itu, Uwais mula berasa sedih apabila menatap gambar ibunya selepas melihat datuknya, Raisuddin Hamzah memberikan jambangan bunga kepada isterinya.

Dia kemudian meminta kebenaran kepada datuknya untuk singgah ke pusara ibunya. Sesampai di tanah perkuburan, Uwais mahu bersendirian di pusara ibu. Dapat dilihat riak wajahnya begitu sedih dan rindu sosok ibunya yang telah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.

Walaupun video tersebut dikatakan hanya sekadar lakonan, namun ramai memahami realiti yang dialami anak sulung Shuib yang kehilangan insan tersayang di usia muda.

Dalam pada itu, Shuib juga memuat naik video terbabit menerusi akaun Instagramnya, meluahkan ucapan hari ibu buat arwah isterinya. Shuib juga memuji Uwais yang handal berlakon seperti arwah Siti Sarah.

Rindu yang tiada penghujung, hargailah mereka selagi masih ada…

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.