“Hari ini dah bermula prosedur…” Ibu kongsi keaadan terkini Baby Naail

Ibu kepada seorang bayi yang menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Tahap 1, Wan Muhammad Naail iaitu Siti Noraraihan Mohd Amin meluahkan rasa syukur apabila anak tersayangnya itu akan bermula menjalani prosedur untuk rawatan Gene Therapy Zolgensma selepas dana RM9.28 juta berjaya dikumpulkan menerusi misirakyat.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Raihan di laman Instagramnya yang turut memberitahu anaknya itu ada mengikuti perkembangan bulanan bersama pegawai perubatan genetik, pernafasan, neurologi dan pakar diet.

Susulan itu, Baby Naail perlu diasingkan daripada orang ramai buat masa ini bagi memastikan rawatan tersebut berjalan dengan lancar.

“Naail ada follow up bulanan hari ini dengan team genetik, respi (pernafasan), neurologi, dietition. Alhamdulilah hari ini dah bermula prosedur untuk Gene Therapy, kena asingkan daripada jumpa oramai orang buat mas aini. Moga dipermudahkan rawatan Naail,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Raihan turut memaklumkan anaknya akan menangis ketika bertemu dengan jururawat memandangkan Naail sudah mula mengenai seseorang.

Dalam pada itu, Raihan yang juga merupakan adik kepada pelakon popular, Fattah Amin berharap agar urusan anaknya dipermudahkan dan akan memberitahu kepada orang ramai mengenai tarikh rawatan tersebut.

“Sejak sudah kenal orang ini, nampak jururawat baju hijau je nangis. Bengkak mata menangis sahaja hari ini.
“Moga dipermudahkan segala urusan Naail, insya-Allah tunggu keputusan darah yang diambil hari ini. Nanti Raihan akan bagi perkembangan tarikh rawatan Naail bila ya,” jelasnya lagi.

Netizen bersyukur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan khabar yang disampaikan oleh Raihan dan mendoakan urusan rawatan Naail dipermudahkan kelak.

Terdahulu, pelakon popular, Fattah Amin pernah berkongsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya, Wan Muhammad Naail atau Naail yang menghidap penyakit jarang dijumpai.

Baby Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan memandangkan otot-ototnya semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru dan ia boleh dirawat selepas mengambil ubat paling efektif, Zolgensma (Gene Theraphy) yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan lebih RM9 juta.

Sumber: Instagram @Raihan Amin via OMM

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*