” Seolah-olah ucapan salam kepada Rasulullah itu suatu lumrah buatnya.. ” – Wan Emir Astar

Video Anak Mira Filzah Memberi Salam Kepada Rasulullah Ketika Menziarahi Makam Baginda Raih Perhatian Ramai. Subhanallah, Comelnya Amir. Kecil-Kecil Lagi Dah Pandai Bagi Salam Pada Rasulullah !!

Meninjau ke akaun Instagram Wan Emir Astar, perkongsian beberapa keping gambar dan video ketika menziarahi Makam Rasullullah telah meraih perhatian ramai. Uuntuk pengetahuan, Mira Filzah bersama suami dan anak mereka kini sedang menjalani ibadah umrah di Tanah Suci.

Di ruangan kapsyen, Emir berkongsi kisah mereka ketika menziarahi Makam Rasulullah. Perjalanan yang agak jauh bermula dari Jeddah ke Makkatul Mukarramah untuk melaksanakan umrah di Masjidil Haram dan akhirnya tiba ke Madinatul Munwarrah.

Di sana mereka menzirahi Makam Rasulullah dan Emir telah mengajar anaknya untuk turut sama memberi salam kepada Rasulullah. Ternyata Amir tidak banyak kerenah dan menuruti sahaja apa yang disuruh oleh bapanya. Alahai, comel betul Amir memberi salam.

Perkongsian ini telah menerima lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lepas. Turut dikongsikan beberapa gambar lain yang memaparkan gelagat Amir ketika di makam Rasulullah dan Masjid Nabawi.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Assalamualaikum Ya Rasullullah.. moga wankhairamir membesar jadi anak yang soleh.  It was fun. Seronok je tengok stories Mira sekeluarga melancong ke tanah suci.. “

” Banyak tempat2 cantik yang orang (including me) tak tahu pun. The museum, the workshop and especially that one street in Jeddah. Aesthetic gila macam dalam citer Aladdin Hopefully I can visit all the places too one day.. “

” Masyaallah amir anak yg cerdik anak soleh mama papa.. Sampaikan salam pada baginda Rasulullah SAW.. Assalamualaikum Ya Rasullualah.. “

” Subhanallah comelnyaa amir.. Allhamdulliah semuga mira dan suami mendapat umrah yng mabrur.. kenapa hidung amir tu.. “

” Oloooooo masyaAllah Amir.. bakal mujahid ni.. ambil berkat.. MashaAllah. Doakan kami dapat ke sana juga InshaAllah aamiin .. “

” Doakan untk sy dipermudahkan segala urusan dunia akhirat serta selalu mendapat pertolonganNYA , dan sampaikan Salam kepada BAGINDA SAW ya , smoga dipermudahkan sgl urusan disana semua insha ALLAH amin.. “

” Rindu nya ya Allah Kurniakan lah aku rezeki utk dtg ke sini lagi Ya Allah.. Alhamdulillah the best moment. comel betul amir.. “

Amir merupakan anak yang cukup bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang mementingkan didikan agama sejak dari kecil lagi. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Mira Filzah dan Wan Emir ketika menjalani ibadah umrah dan mendapat umrah yang mabrur.

Sumber : IG Wan Emir Astar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.