[VIDEO] Puteri Sarah Tak Ambil Pemandu, Sanggup Hantar Anak-Anak Ke Sekolah – ‘Itu Adalah Nyawa Aku, Tak Boleh Kalau Jadi Apa-Apa’
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia sanggup berulang-alik menghantar dan mengambil anak-anaknya ke sekolah walaupun mampu untuk mengupah pemandu.
Rutin harian seorang ibu
@inayahbeautytrading Sarah memang wanita hebat🥰#fyp #puterisarahliyana #puterisarah #andiarsyil #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop ♬ Cidro Vs Kluthuk – Waru Leaf
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Inayah Beauty Trading, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkongsi tentang rutin hariannya.
Aktres berusia 38 tahun tersebut berkata, dia sanggup menggalas tanggungjawab untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Sekarang ini rutin saya pagi-pagi selepas bangun subuh, saya akan kejutkan Syaikhul bangun tidur dan suruh dia mandi.
Kadang-kadang dia menangis..saya mandikan dan siapkan dia kemudian hantar pergi sekolah.
Dah hantar Syaikhul pergi sekolah, saya akan telefon Sumayyah pula sama ada dia sudah siap atau belum dan hantar pula dia (ke sekolah). Sebab masa lain-lain, Syaikul pula dah masuk darjah satu.
Bercerita lanjut, Puteri Sarah menerangkan bahawa dia bertindak sedemikian adalah demi keselamatan anak-anaknya.
Memang boleh cari pemandu tapi yang dia dihantar itu adalah anak-anak aku..nyawa aku, tak boleh kalau jadi apa-apa..kemalangan ke.
Saya akan rasa bersalah seumur hidup.
Kalau tak saya, acu atau mak akan hantar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi pengorbanan pelakon drama Hijrah Jannah itu malah ada juga yang turut melakukan perkara yang sama.
Betapa sayangnya Sarah pada anak-anak, nyawa dia.
Kami pun macam ini sampai anak habis SPM. Tahniah la Sarah, untuk yang terbaik memang kena buat macam ni.
Ibu yang terbaik. Betul jangan harap orang sepenuhnya, tak sama dengan kita. Nyawa kita tu.
Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
Syamsul sebelum itu, membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari tahun lalu, di Thailand.
Sumber: TikTok Inayah Beauty Trading
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.