Video Zain Saidin Mengajar Aaisyah Dhia Rana Membuat Slime Raih Perhatian Ramai. Wah, Bagus Betul Zain Melayan Sahaja Kehendak Aaisyah !!
Meninjau ke akaun Tiktok Zain Saidin, dua buah video telah dikongsikan yang memaparkan cara untuk membuat slime. Zain membuat slime bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana dan video ini telah meraih perhatian ramai peminat.
Tidak semua ibu bapa gemar melihat anak mereka bermain dengan slime kerana teksturnya yang lembik dan kadangkala akan melekat di mana sahaja. Ia agak sukar untuk dicuci tambahan pula apabila slime tersebut melekat pada pakaian atau pun rambut.
Ramai memuji sikap Zain yang melayan sahaja kehendak Aaisyah dan meluangkan masa bersama Aaisyah bermain slime. Karakter Aaisyah juga automatik berubah menjadi kanak-kanak riang apabila bersama bapanya. Terus lupa nak bersolek-solek kan Aaisyah.
Video ini dibahagikan kepada dua bahagian bermula daripada Zain menjemput Aaisyah dan membawanya ke kedai untuk membeli bahan-bahan membuat slime. Kemudian mereka membuat slime di rumah dengan menunjukkan cara-caranya.
Jom tonton video di bawah :
@zainsaidin23 Just incase uoalls rindu activity2 ngan ADR wealls buat la video ni khas untuk uoalls kay.. jangan lupa share2 bagi video ni meletopssss tau.. comment nak slime warna ape plak kita patut buat 😋😚🥰 #fypシ #fyp #daddysgirl #family #love #slime #diy #aaisyahdhiarana #zainsaidin #anak #magic ♬ Light hip-hop beat/long ver.(1425963) – nightbird_bgm
@zainsaidin23 Ok SLIME result is in guys enjoy semua.. #fypシ #fyp #family #fun #zainsaidin #daddysgirl #love #slime #diy #aaisyahdhiarana #anak #magic ♬ original sound – Nintendo
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Pelapis Oh My English with daughter Mr Henry.. Kalau bapak saya dia tak kasi main slime atau buat.. Bapa ajar cara jd budak budak.. “
” Aaisyah please put more slime activator tetibe pakar slime datang .. guna tupperware bahulu je gais.. hbs la tupperwear bahulu che ta.. “
” Real footage of me with my future daughter.. slime Klau trkena baju,habis baju rosak.. Bestnya ada bapak perhatian suka lanyan anak buat slime.. “
” Mesti buat wktu che ta tkde kt rumah nii .. Zain ni ank org putih.. mat saleh mmg cmtu ajar ank2 melalui experience asuhan parents zain ni sgt baik.. “
” Bapak dia ajar main slime…bapak aku marah aku sbb main slime hehhehe.. Sama pak dia cakap omputeh sama mak dia cakap utara . Best lah aisyah.. “
” Speaking english matt kalah aku.. best nye bapak sapot je anak tu nk buat apa.. Besar sikit lagi konfem pandai buat kuih yang kena uli-uli. “
” Aisyah kalau dengan mak dia content lain, dengan pak dia tak gaduh buh filter mekap.. comel sungguh.. Yang pak pun mengajaq sungguh.. “
Nampak berbeza kan perwatakan Aaisyah. Sangat kebudak-budakan apabila bersama bapanya. Seronok Aaisyah kerana berjaya menghasilkan slime seperti yang dikehendakinya. Dah macam nak buat kuih Aaisyah menguli slime tersebut. hehe.
Sumber : Tiktok Zain Saidin
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.