‘Bukan Tangkap Basah!! boleh mengundang provokasi atau pun fitnah,mohon lebih bertanggungjawab’- Penjelasan Dari Pihak Ruhainies

Malam tadi, pelakon Ruhainies sekali lagi telah menjelaskan bahawa ada kenyataan yang agak mengelirukan telah dikeluarkan pihak media.

Pelakon berumur 31 tahun ini menyatakan sekali lagi, ada tajuk dari portal hiburan yang menggunakan ayat atau perkataan yang boleh mengelirukan orang ramai.

Katanya, tajuk yang silap itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

Ini ekoran ada tajuk dari sebuah portal yang menulis bahawa Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah, terpalit dengan isu tangkap basah.

Jelasnya, penggunakan ayat tangkap basah itu tak benar sama sekali.

“Salam, saya ingin memperbetulkan di sini, berhati hati dengan penulisan tajuk atau isi penulisan agar tak timbulkan spekulasi yang lebih buruk serta mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan.”  

“Ianya sama sekali bukan tangkap basah.” 

Katanya, dia masih lagi belum beri sebarang kenyataan penuh, dan menegaskan apa yang dilaporkan media tidak tepat.

“Sampai sekarang saya masih belum berikan apa apa kenyataan.” 

“Segala yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari saya dan ianya tak tepat.” 

Ruhainies meminta agar semua pihak untuk tak menulis sebarangan kerana boleh menimbulkan fitnah.

“Saya minta agar pihak media tak tulis apa apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah sampailah saya keluarkan kenyataan rasmi dari saya.”.  

“Mohon kerjasama semua pihak untuk lebih berhati hati dan lebih bertanggungjawab.” 

Kenyataan baru dari Ruhainies.

Ruhainies dan juga Aliff Aziz akan mengeluarkan kenyataan rasmi mereka tak lama lagi untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Sebelum ini, kedua dua selebriti tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa Jawi setelah mendapat aduan kedua mereka berdua duaan di sebuah kondo iaitu kediaman Ruhainies.

Ada juga video CCTV yang memaparkan Ruhainies dan Aliff Aziz di kondominium berkenaan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*