“Ya Allah meremang aku baca ni..” – Netizen perasan sesuatu pd post arwh 3 hari sblm hilang.

PELBAGAI spekulasi mula timbul selepas Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang sejak Rabu ditemukan maut dibunuh.

Di media sosial, warganet cuba merungkai punca kematian wanita itu dengan satu hantaran yang dibuat olehnya di aplikasi Threads selepas polis mengesahkan suspek merupakan teman lelaki mangsa.

“Saya syak pembunuh dia ada kaitan dengan status dari tangkap layar aplikasi Thread terakhir allahyarhamah sebelum dia hilang dan dijumpai dibunuh semalam (Isnin),” demikian tulis seorang wanita sebelum hantarannya itu menjadi tular.

Nur Farah Kartini pada 8 Julai lalu (Isnin), iaitu tiga hari sebelum dia dilaporkan hilang (Rabu) telah menulis di aplikasi Thread satu ayat tentang ‘kekecewaan’ yang menimbulkan tanda tanya.

“Mati rasa hanya kerana dikecewakan dan disia-siakan,” tulis Nur Farah Kartini dalam posting berkenaan.

Pada Isnin, polis menemukan mayat wanita itu di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada pukul 6 petang.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga kekasih mangsa dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan suspek adalah seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Slim River, Perak.

Hantaran dibuat Farah dalam Threads.

Arwah Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada jam 1.56 pagi.

Mangsa dilaporkan dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Kredit-mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.