Zara Qairina: Rintihan Sunyi Remaja Sebelum Tragedi

Zara Qairina

Prosiding inkues bongkar sisi sunyi dan rintihan Zara Qairina. Kisah sebenar luahan pilu remaja yang terpendam sebelum tragedi berlaku.

Kisah Sayu Tersingkap di Mahkamah

Inkues kematian tragis Allahyarham Zara Qairina semakin membongkar sisi getir kehidupan remaja ini. Terbaru, peguam dan beberapa saksi mahkamah tampil mendedahkan betapa mendalamnya rasa kecewa dan sunyi yang dipendam oleh arwah sepanjang beberapa bulan sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku.

Luahan Dalam Diari dan Kata-Kata Zara

Zara Qairina

Salah seorang saksi menjelaskan, sejak April, Zara sering mengadu hidupnya dipenuhi rasa kecewa dan tidak disayangi. Kata saksi, Zara pernah menulis di dalam diari dan mengadu secara lisan bahawa hidup ini amat sukar buatnya. Ayat seperti “lebih baik mati saja” dan “kenapa aku dibenci tidak disukai orang” adalah antara luahan yang didapati dalam tulisan serta percakapan arwah.

Saksi ada menyatakan bahawa sejak April lalu, Zara selalu bercerita bahawa dia kecewa dengan kehidupannya. Zara pernah didengar berkata bahawa dia tidak layak untuk hidup dan lebih baik mati sahaja.

Saya juga ada merujuk kepada saksi tulisan yang mana saksi mengenal pastinya sebagai tulisan Zara. Saksi itu menyatakan luahan ‘Ya Allah, kenapa aku dibenci tidak disuka oleh orang’ sering diucapkan oleh Zara dan turut ditulis dalam diari.

Pertanyaan Menyayat Hati Tentang Kasih Sayang

Dalam keterangannya, dua rakan saksi kanak-kanak memberitahu mahkamah bahawa Zara sering bertanya adakah masih ada orang akan menyayanginya sekiranya sesuatu berlaku padanya. Soalan menyayat hati ini dikatakan pernah diucapkan lebih 10 kali kepada rakan-rakan sekolah, mencerminkan betapa dirinya terlalu memerlukan perhatian serta rasa dihargai.

Ada dua saksi kanak-kanak yang menyatakan bahawa Zara Qairina telah memberitahu dan bertanya kepada mereka lebih daripada 10 kali yang mana Zara Qairina bertanya kalau sesuatu berlaku padanya, adakah orang yang sayang padanya. Zara Qairina juga ada bertanya apakah perasaan kawan-kawannya sekiranya berlaku terhadapnya.

Pertelingkahan Dengan Ibu Sebelum Pergi

VIDEO :

- IKLAN -
@mycommunitynewssabah Saksi kanak-kanak pertama memberitahu mahkamah bahawa dua hari sebelum kejadian, beliau sempat bermalam bersama arwah Zara Qairina. Ketika dihantar pulang ke asrama oleh ibu Zara, berlaku insiden di mana arwah dimarahi ibunya. Menurut saksi, sewaktu ibunya cuba bersalaman, arwah Zara dilihat seakan tidak ikhlas, dipercayai masih marah. Saksi mengesahkan itu merupakan kali terakhir mereka berdua berjumpa. Prosiding masih berjalan dan keterangan saksi lain akan didengar sebelum sebarang kesimpulan dibuat. #justiceforzara #mcnsabah #inkues #mahkamah #sabah ♬ original sound – MyCommunitynewsSabah

Lebih mengharukan, sebelum tragedi berlaku, salah seorang saksi yang juga tertuduh dalam kes berkait pernah turut memberitahu Zara berselisih faham dengan ibunya dua hari sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri. Sewaktu dihantar pulang ke asrama, berlaku ketegangan antara Zara dan ibunya, dan itu kali terakhir mereka bersua. Saksi turut menyebut keadaan Zara pulang ke asrama dalam suasana penuh emosi dan kecewa.

Apabila tiba di asrama, ibu Zara cuba salam tapi menurut saksi itu, salam tersebut seperti tidak ikhlas. Saksi turut menyatakan itu kali terakhir ibu Zara berjumpa dengan Zara dan Zara pulang ke asrama dalam keadaan marah dengan ibunya.

Pengajaran: Hargai Perasaan Anak dan Remaja

Kisah rintihan Zara Qairina memberi peringatan kepada semua betapa pentingnya mendengar dan prihatin terhadap luahan anak-anak dan remaja, tidak kira sekecil apa pun. Isyarat dan petanda seperti kata-kata sedih, sunyi atau rasa tidak dihargai boleh membawa kesan emosi sangat besar.

Jangan sesekali abaikan suara mereka, kerana perhatian dan kasih sayang mampu membawa perubahan besar dalam hidup seorang remaja.

Sumber: Kosmo, prosiding mahkamah, peguam dan saksi inkues.