3 tahun tak bertegur sapa.. Netizen Respek Ajak sanggup lakukan ini untuk berbaik..

SELEPAS tiga tahun tidak bertegur sapa, penyampai radio Suria FM Ajak bersyukur selepas ikatan persahabatannya dengan pelawak Shahrol kembali pulih.

Ajak atau Mohd Hanafi Razak, 39, berkata, semua masalah yang timbul di antara mereka berjaya diselesaikan dengan baik tanpa campur tangan mana-mana pihak ketiga.

“Inilah asam garam dalam persahabatan. Sepanjang proses berbaik itu, tiada pihak ketiga masuk campur di antara saya dan Shahrol.

Ajak ditemui di Jelajah Suria Kuasa Dua.

“Tiada siapa melaga-lagakan dan kami selesaikan secara dewasa. Akhirnya perbalahan tiga tahun ini selesai,” katanya.

Ajak berkongsi perkara itu ketika sidang media Jelajah Suria Kuasa dua yang diadakan pada pagi Rabu.

Bercerita lanjut tentang perkara itu, Ajak memberitahu tindakan masing-masing menurunkan ego dapat meleraikan semua masalah yang berlaku.

“Kita kena perlu turunkan ego sebab benda itu adalah wajar. Jangan fikir masing-masing betul. Kalau gaduh lama pun, tiada siapa yang sebenarnya betul,” ujarnya.

Terkenang hari pertama mendapat mesej daripada Shahrol, Ajak meluahkan dia berasa terkejut dan seronok serta tidak sabar bertemu rakannya itu.

Ajak dan Shahrul sudah lupakan sengketa lama.

“Semasa hari raya dia nampak video saya dan malam itu dia mesej ajak berjumpa di pejabat. Banyak yang dibincangkan.

“Kami bersembang dan ingat semula kenangan lama. Saya rasa sebak ketika itu sebab mestilah masih ada rasa sayang,” ujarnya.

Untuk rekod, salah faham antara Ajak dan Shahrol sebelum ini menjadi bualan ramai selepas mereka saling berbalas kenyataan di sosial media sekitar tahun 2022.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.