“Aku heran asyik org kite je kena..” – DSV dedah Salmon Skin bernilai RM88k disita

Usahawan, Datuk Seri Vida berkata, dia tidak tahu-menahu tentang serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas premis perniagaan miliknya yang mengusahakan kerepek kulit ikan salmon sehingga melibatkan sitaan berjumlah RM88,582.50.

Saya baru bangun tidur

Menerusi laporan Kosmo, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, terpinga-pinga ketika diajukan persoalan berhubung perkara terbabit.

Saya tak tahu apa-apa. Saya baru bangun tidur dan baru pulang dari luar negara. Buat masa sekarang, saya kena ambil tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Saya kena baca dulu apa laporan media berhubung dakwaan yang awak maklumkan pada saya ini.

Ujar Vida, dia bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa andai benar ada melakukan kesalahan.

Saya sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat. Takkan saya nak lari pula. Tapi, sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di tempat serbuan.

Terdahulu, media melaporkan sebuah premis yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah bagi produk makanan ringan di Kawasan Perindustrian Jelapang di Ipoh, Perak diserbu KPDN semalam dengan nilai sitaan diperoleh ketika operasi itu mencecah hampir RM90,000.

Sumber: Kosmo

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.