Bonda Rozita Akhirnya Bersuara – “Tidak Ada Orang Yang Nak Berkahwin Untuk Bercerai”

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim menjadi perhatian ramai apabila dikatakan berkahwin dengan abang kepada seorang selebriti terkenal.

Dakwaan menyebabkan para pengikut meminta penjelasan mengenai penceraiannya dengan suami terdahulu.

Namun, Bonda Rozita sehingga kini mengunci mulut dan anaknya juga berpendapat ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.

Terbaru, Bonda menerusi hantaran di Instagram meluahkan perasaannya tentang ujian hidup yang berat.

Luahan penuh emosi: ‘Saya lemah wahai Allah’

Sy mulakan kalimah Bismillah

Dengan dunia yang ada ni, aku buntu ya Allah.. ujian yang berat pada iman dan diri ku..pd zahir dan batin ni ya Ya Allah – Tolong aku ya Allah
Sy lemah wahai Allah – Aku mohon kekuatan dr mu ..Aku xberdaya wahai Allah

Meskipun malu diri sy , Aku juga ingin bahagia kerana redha Mu ya Allah
.
sy pun tak nak terjadi takdir buruk – tp Allah memilih sy utk diperjalankan dlm takdir ini

tidak ada orang yang nak berkahwin utk bercerai, tekanan mental dan kesihatan saya semakin teruk, dalam masa yang sama saya bertahan – kesian pd anak2 – sy sedar diri dah berusia

Maafkan mummy, maafkan mak wahai anak2 ku — kerana nilai seorang femes menuntut “ calar maruah diri “ banyak aib dan hati tersakiti

..Ujian hidup semua manusia adalah tidak sama .. siapalah saya untuk menghakimi diri saya sendiri ..

Masalah hidup sy hanyalah Ida menantu mengetahuinya detail kerana sy xnak anak2 sy kesian melihat sy..Kri ..Yati dan anak lain ambik berat hal sy ..
.
Sy laluinya mengikut syariat dan panduan dr guru2 bonda menasihati sy ..

Kepada followers
Jika dgn anak2 sy rahsiakan ni kan pulak pd public .. sy xakan bersuara kerana hal perkahwinan bukan utk dicanang ..

Sy berhenti menulis blog pun sbb nak jaga aib dan dosa pd manusia kisah silam sy – walau byk iktibar dalam pengalaman hidup sy elok dikongsikan

Runtuh hati mendengar suara adik Bergetar “ mengucapkan kata2 semangatnya utk sy pd raya pertama 2024 ..”

Adik harap mummy sentiasa gembira – dan jumpa yg apa yg mummy inginkan dalam hidup mummy cara mummy sendiri..

Jangan fikirkan orang lain.. kita orang dah sihat ( mereka tahu sy risau kesihatan mental anak2 )

Fikirlah tentang diri mummy..
Kami adik kakak abang semuanya okey ..

Kami faham mommy dah lalui dah banyak perkara

mummy dah cuba yang terbaik

Kata-kata ini jelas menunjukkan betapa beliau sedang melalui fasa yang sukar, yang bukan sahaja menguji kekuatan mental, tetapi juga emosinya sebagai seorang ibu.

- IKLAN -

Tekanan rumah tangga dan kesihatan mental

Menurut usahawan ini, perkahwinan yang diimpikan untuk kekal bahagia menjadi satu cabaran besar dalam hidupnya.

Beliau turut mengakui bahawa tekanan mental yang dihadapinya semakin meruncing, lebih-lebih lagi apabila memikirkan nasib anak-anaknya.

Tidak ada orang yang nak berkahwin untuk bercerai, tekanan mental dan kesihatan saya semakin teruk, dalam masa yang sama saya bertahan – kesian pada anak-anak – saya sedar diri dah berusia.

Baginya, sebagai seorang ibu, kebahagiaan anak-anak adalah keutamaan dan beliau berusaha untuk bertahan demi mereka.

Anak-anak tak tahu masalah rumah tangga

Bonda Rozita turut mendedahkan bahawa beliau memilih untuk tidak berkongsi masalah rumah tangganya kepada umum termasuklah anak-anaknya.

Namun, beliau tidak menafikan menantunya, Shahida tahu mengenai situasi sebenar dan menjadi tempatnya bergantung ketika menghadapi dugaan ini.

Dalam luahannya, beliau turut berkongsi detik menyentuh hati ketika menerima kata-kata semangat daripada anak-anaknya pada Hari Raya pertama tahun lalu

Sumber – OhMedia