Cantik Tun Hasmah diusia 98tahun, Gambar no3 tu comel Reaksi Tun jadi perhatian

Baru-baru ini, penampilan isteri kepada mantan Perdana Menteri Ke-4 dan Ke-7, Tun Mahathir Mohamed iaitu, Tun Hasmah berhijab telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran tular di media sosial, Tun Hasmah dilihat hadir ke sebuah acara dengan memakai busana baju kurung berona kelabu dan tudung warna sama.

Dalam video itu juga, Tun Hasmah Mohd Ali juga dilihat dipimpin keluar dari sebuah kereta masuk ke dalam dewan bagi meraikan bersama suami tercinta.

Tun Hasmah berhijab

- IKLAN -

Cantiknya,nyaris tak kenal

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi positif dan mengagumi keanggunan serta kelembutan wajah beliau

Selain menerima banyak pujian, malah ada juga yang terkejut dengan perubahan Tun Hasmah.

Tidak kurang juga segelintir individu yang hampir tidak mengenali Tun Hasmah pada pandangan pertama, menunjukkan betapa penampilannya kali ini benar-benar menarik perhatian ramai.

Selain itu, rata-ratanya juga mendoakan agar pasangan ‘kesayangan’ rakyat Malaysia ini dikurniakan kesihatan yang terbaik dan dikurniakan umur yang panjang.

Sumber: TikTok amofficialmy