[Video] Anak main tolak2 sofa sampai pelamin roboh, ibu gelak2 rkm vide0

Baru-baru ini, tular satu video memperlihatkan sebuah pelamin roboh dalam satu majlis sanding sepasang pengantin ini.

Dalam video tersebut, orang ramai sibuk memperbetulkan pelamin tersebut yang hampir roboh, bagaimanapun mujurlah keadaan masih terkawal. Malah, dilihat pengantin yang sedang makan beradab hanya mampu memerhatikan keadaan itu dari jauh.

Susulan tular video tersebut, seorang wanita yang hadir ke majlis tersebut tampil memberikan penjelasan bahawa kejadian itu berpunca daripada anaknya.

Dalam satu hantaran, wanita itu menjelaskan situasi yang menjadi punca kejadian tersebut berlaku, katanya, anak dia teruja apabila melihat rakannya bermain di atas pelamin sementara wanita ini berada di kawasan berhampiran meja makan beradab untuk rakam gambar pengantin.

- IKLAN -

“Anak aku main lari-lari dnegan kawan sebaya dia dan memang tak sangka anak aku pergi ke sofa (pelamin) tu dia pergi tolak ke belakang, aku ingat hanya sofa itu sahaja lah yang jatuh, tapi tak sangka backdrop tu sekali roboh.”

Wanita tersebut menyifatkan ia satu kejadian yang memalukan, geram dan dalam masa yang sama ia sebagai perkara yang melucukan juga.

“Suami aku terus naik pelamin betulkan pelamin tu, benda ni jadi pengajaran buat aku dan semua juga, jangan bagi budak-budak main dekat pelamin, orang-orang dulu kata kan.”

Bagaimanapun, wanita ini turut meluahkan rasa serba salah apabila perkara itu berlaku dan memohon maaf kepada pengantin yang juga merupakan rakannya sendiri. Katanya, pengantin tidak ambil hati dengan perkara tersebut.

VIDEO :

@xtra_my Agaknya macam manalah anak-anak tuh bermain kat situ sampai runtuh pelamin😅 tapi pengantin dah respon Okay je, boleh jadi kenangan katanya🤲🏻🙈 #fyp #xtra #pelamin #runtuh #pelaminangankumusnah #viral #anak #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Sumber – Lobak Merah, xtra