“Susahnya Nak Dapat Awak Ni. 2 Kali Gagal IVF sblm ni”- 8Tahun penantian Cahaya mata.Akhirnya Elizad Dedah umum Status IVF
Pelakon Siti Elizad memaklumkan dia dan suami, Shamsul Baharin Rahman telah gagal buat kali kedua dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan anak.
Memetik laporan Harian Metro, Elizad redha dan tidak mahu memikirkan soal zuriat demi menjaga kesihatan mentalnya.
“Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti. Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an,” katanya.
Susulan rawatan IVF, doktor ada menawarkan Elizad untuk menjalani rawatan tersebut buat kali ketiga.
Namun, dia tidak bercadang untuk mencuba lagi kerana mahu kembali berlakon.
“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT. Kalau ada rezeki nanti adalah,” ujarnya.
Pada masa sama, Elizad juga tiada perancangan untuk mengambil anak angkat.
“Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu. Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” ujarnya.
Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Pada Mac tahun lalu, dia sekali lagi menjalani rawatan IVF buat kali kedua namun gagal.
Untuk rekod, Elizad dan Shamsul telah mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.