Pakcik ni kayuh basikal 10km demi ambil bantuan zakat, Tak sangka respon Aliff Syukri buat ramai sebak

Baru-baru ini usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah menyampaikan sumbangan zakat kepada individu-individu yang kurang berkemampuan.

Kayuh basikal

@papalarisofficial Tak sangka Pak Cik ini datang sejauh 10km untuk ambil barang zakat 😢 . Papa sungguh tersentuh, jauh sudut hati papa. Hanya bawakan basikal sahaja. Semoga Pak cik selamat pulang ke rumah dan semoga barang zakat ini dapat ringankan sedikit perbelanjaan dapur buat keluarga pak cik ini.. Aminnn YA ALLAH.. 🤲 #i ♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman tersentuh melihat seorang lelaki yang hadir mengambil barangan zakat dengan hanya mengayuh basikal.

Tak sangka pak cik ini datang sejauh 10km untuk ambil barang zakat. Jauh di sudut hati saya, saya sungguh tersentuh..dia hanya bawa basikal.

Aliff kemudian bersalaman dan memeluk lelaki itu serta berharap pemberian sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantunya.

Terima kasih pak cik, ini saya berikan sedikit wang sumbangan. Semoga dengan barang-barang bantuan ini dapat meringankan beban pak cik.

Semoga pak cik terus kuat dan tabah.

Adab yang tinggi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat keadaan lelaki tersebut.

- IKLAN -

Dalam masa yang sama, mereka juga memuji cara Aliff menyantuni lelaki berkenaan dan menyifatkannya sebagai seorang yang beradab.

Usahawan yang patut dicontohi dan disokong perniagaannya.

Saya memang hormat sangat dekat Datuk sebab tak ego, hormat orang tua dan banyak bersedekah.

Dia jutawan dengan adab yang tinggi, dia cium tangan pak cik tu sebab ada akhlak yang mulia dan menyantuni orang tua.

Bila tengok pak cik ini, mungkin dia rindukan arwah abah dia sebab tu dia peluk cium.

Dia ada status dia tapi tak kekok cium tangan dengan orang biasa, mungkin sebab ini rezeki dia melimpah ruah.

Sumber: TikTok Aliff Syukri