Jaclyn Victor kembali bergelar isteri, pilih pensyarah sebagai suami

Selepas enam tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, penyanyi Jaclyn Victor akhirnya menamatkan zaman solo apabila sah bergelar isteri kepada pensyarah, Calvin T. Samuel dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung pada Ahad.

JACLYN menoktahkan status ibu tunggal apabila kini bergelar isteri kepada pensyarah dari United Kingdom, Calvin T. Samuel.

Jaclyn kembali bergelar isteri

Berita gembira itu mula menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh penyanyi, Shila Amzah menerusi hantaran di Instagram Story.

Akhirnya! Saya tumpang gembira buat Jaclyn.

Jaclyn atau nama lengkapnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, tampil anggun mengenakan gaun pengantin putih manakala suaminya segak bergaya dengan sut lengkap berona sedondon.

Majlis yang berlangsung penuh meriah itu turut dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

- IKLAN -

Antara selebriti popular yang turut hadir memeriahkan hari bahagia pasangan ini ialah Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Marsha Milan, Siti Nordiana, Ning Baizura, Che Puan Sarimah Ibrahim, Liza Hanim dan ramai lagi.

Untuk rekod, pelantun lagu Ikut Rentakku itu pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014. Namun bercerai selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8.

Sumber: Instagram