“Dari Drama ke Dunia Matematik..” – Nad & Ungku Buat Ramai Teringin Main ‘Power Congak’

Pelakon, Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail Aziz dipuji pasangan selebriti yang bijak selepas mencipta aplikasi ‘Power Congak’ untuk kanak-kanak seawal lima tahun.

Power congak

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu memuat naik gambar tangkap layar Nad mempromosikan aplikasi itu menerusi siaran langsung di TikTok.

Individu tersebut memuji pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin dan Ungku kerana menggunakan pengaruhnya dalam mencipta sesuatu yang memberi kebaikan kepada masyarakat.

Ni salah seorang artis yang bijak dan guna pengalaman serta pengaruh dalam industri seni, iaitu Nad Zainal dan Ungku Ismail.

Aplikasi Power Congak by Ungku Ismail untuk anak seawal lima tahun.

Sebab dia ‘produce‘ benda bagus saya sokong dan ‘subscribe‘. Murah je bulanan dia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pasangan tersebut kerana aplikasi tersebut memberi manfaat kepada anak-anak mereka.

- IKLAN -

Untuk maklumat, applikasi tersebut memfokuskan kepada subjek matematik yang direka khas buat kanak-kanak yang mahu meningkatkan kemahiran mengira.

Komen netizen

Link Google PlayStorePower Congak Android

Link iOSPower Congak iPhone & iPad

Sumber: Threads