“Tangisan Seorang Ibu..” – Bacaan Doa Pelajar PASTI Untuk Arwah Nurul Izyanti Meruntun Jiwa

Sebuah video yang menyentuh hati tular di media sosial apabila ibu kepada arwah Nurul Izyanti tidak dapat menahan air mata ketika sekumpulan pelajar PASTI membacakan doa khusus buat anaknya yang telah pergi buat selamanya dalam tragedi nahas bas UPSI.

Suasana yang mulanya tenang berubah menjadi sebak apabila suara anak-anak kecil itu membaca doa dengan penuh tulus dan penuh harapan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

“Ya Allah, ampunilah dosanya, lapangkan kuburnya, tempatkan dia dalam syurga-Mu…” – bait doa anak-anak kecil itu begitu menusuk ke hati seorang ibu yang masih dirundung pilu.

Tangisan si ibu sewaktu mendengar bacaan tersebut meruntun hati ramai yang menyaksikan video berkenaan. Rata-rata netizen turut mengakui mereka mengalirkan air mata melihat momen itu.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mohd Syamri, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan anak-anak PASTI Besut menyantuni dan membuat ziarah dan tahlil ke rumah salah seorang mangsa nahas bas UPSI di Gerik bernama Nurul Izyanti Binti Muhamad Azahar.

Kedatangan pelajar PASTI ini disambut dengan terbuka oleh keluarga arwah Izyanti. Selain ziarah, anak-anak ini juga turut membacakan doa untuk arwah Izyanti dan 14 lagi rakan-rakan yang terkorban. Hati ibu mana yang mampu menahan air mata ketika mendengar bacaan doa daripada anak kecil berusia 5 tahun.

- IKLAN -

Mereka masih kecil tetapi doa yang dibacakan menusuk ke hati. Ibu Izyanti tidak dapat menahan air mata ketika mendengar anak-anak PASTI memohon keampunan dosa untuk arwah dan meminta agar arwah ditempatkan bersama orang beriman.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perasaan sedih kehilangan anak yang perginya ketika berjuang untuk mencari ilmu. Pergi tanpa sebarang pesanan namun semuanya sudah tertulis di luth mahfuz. Sudah tiba ajalnya untuk meninggalkan dunia yang sementara ini.

Jom tonton video di bawah :

@mohdsyamriabdraza Saat anak kecil berusia 5 tahun menadah tangan… “Ya Allah… ampunilah dosa arwah. Tempatkan dia bersama orang beriman.” Tiada siapa mampu tahan sebak. Si ibu menitiskan air mata. Doa kecil… dari hati yang suci. 📿 Mereka datang bukan sekadar ziarah, tapi sebagai hadiah akhirat. 💔 Hari ini, adik-adik PASTI hadiahkan doa untuk kakaknya. ✨ Kecil jasad, besar doa. ✨ Kecil suara, tapi tinggi di sisi Allah. #PASTIMenyantuni #TragediBasUPSI #DoaAnakSyurga #ZiarahKasih #KecilJiwaBesarDoa #FYP #MomenMenyentuh #ViralTikTok #AnakPASTI ♬ original sound – Mohd Syamri

@mohdsyamriabdraza air mata seorang ibu keluar tanpa dipinta.. #gerik #upsi #pasti #AnakPASTI ♬ Jiwa Yang Bersedih – DENII

@afiqzohir Sesungguhnya adik-adik pasti belum ada dosa, mempunyai hati yang bersih. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. #kemalangangrik #upsi #pelajarupsi ♬ bunyi asal – PokJatt Pataaa 🎶🌹 – PokJatt.. 🎶🌹

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Sakitnya kehilangan anak.. mcm ni juga sy nampak ibu sy, berjuang melawan sakitnya merindu.. Al-Fatihah buat izyanti dan adik sy Anas Afifi bin Ahsan. Allah sayang mereka.. “

” Arwah izyanti cantik macam mak dia rupanya. Mesti dia terkenangkn anak dia masa kecik. Seorang ibu besar cmna pun ank tetap bygkn dia msih baby.. “

” Kuat ye puan.. sesungguhnya puan adalah insan yang terpilih untuk mengharungi dugaan yg maha berat ini.. Al fatihah untuk bidadari syurga adik izyanti.. “

” Mak dia tgk budak tu.. msti mak dia teringat/terbayag arwah kecik2.. besar budak tu. .tp skrg dh tk de.. “

” Peluk jauh buat ibu hebat ini. Menangislah ibu,menangis sepuasnya.Kami yang tidak kenal dia pun boleh mengalir airmata apa lagi ibu yang kandungkan dia. AlFatihah buat Nurul Izyanti dan semua yang pergi juga.. “

” Mesti mak arwah teringat arwah masa kecik. Semoga tenang ditempat baru izyanti & semoga ibu arwah dpt melalui khidupan seterusnya tanpa anak tersayang. sakit nya ya Allah.. “

” Parent yg kehilangan anak ni mesti akan tringat balik saat2 anaknya tu baru lahir, moment2 masa baby jaga sampai besar dan akhirnya berpisah jua di dunia.. “

Pastinya ibu Izyanti terkenangkan kenangan-kenangan dari Izyanti kecil sehingga besar. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Izyanti dan setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Semoga ibu Izyanti dan seluruh keluarga diberikan kekuatan untuk mengharungi waktu sukar ini.

Al-Fatihah buat arwah Nurul Izyanti. Doa anak-anak kecil yang suci itu menjadi saksi cinta dan kasih sayang yang tidak terputus.

Sumber : Tiktok Mohdsyamriabdraza , Tiktok Afiqzohir