“Jangan Sampai Raisuddin Cari”..Keluarga Terkilan Sarah Dikaitkn.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja seorang individu berani mengeluarkan dakwaan kononnya pemergian Allahyarhamah Siti Sarah pada tahun 2021 mempunyai kaitan dengan konspirasi Freemason. Entah apa yang dimaksudkan, namun Shuib Sepahtu amat kesal dengan fitnah melampau berkenaan dan kini berusaha menjejaki pengguna Instagram @John Dihani.

Bila saya DM awak, awak padam DM saya…Kita mesti jumpa, bertentangan mata

Rupanya bukan kenyataan di Facebook sahaja, bahkan dia banyak berbalas pendapat dengan pengikut di Instagram. Selain isu vaksin, perniagaan minuman milik Shuib dan Siti Sarah juga dikaitkan dengan agenda konspirasi tertentu. Namun apabila dihubungi menerusi DM, individu itu mengelak selain didapati segera menutup privasi akaun media sosialnya.

 

Shuib dah geram dah…Aku dah cakap, jangan sampai Raisuddin cari…Main sebut je

Bukan sahaja Shuib, malahan keluarga kandung Siti Sarah juga benar-benar kesal dengan tuduhan melampau dilemparkan oleh @John Dihani. Entah mengapa hanya selepas 2 tahun penyanyi itu pergi selamanya, barulah golongan sebegini sengaja mencetuskan perbincangan merepek sebegitu.

Abah diam lagi…Aku risau dia ketuk dengan kayu golf…Benda ni mengguris hati Shuib & keluarga semua terasa

Jika diikutkan, mereka sendiri enggan bersuara dan tidak berminat langsung untuk masuk campur tentang perkara sebegini. Namun setelah melihat betapa beratnya fitnah terbabit apalagi kepada Sarah yang sudah tiada, pastinya mereka akan terkilan.

Sumber : Kisah dunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.