(VIDEO) Aliff Syukri Dakwa Diserang “Sakit Misteri”, Badan Menggeletar & Bertompok Merah

KUALA LUMPUR – Usahawan dan penyanyi sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 38, tampil menjelaskan keadaan kesihatannya selepas rakaman siaran langsung (live) di media sosial malam Selasa memaparkan beliau menggigil ketika mempromosikan produk.

TONTON VIDEO Terlentang saklt dih0sptal tetap buat ‘live’ brniaga, Reaksi spontan Dato Aliffsyukri raih perhatian :

@papalarisofficialDoa kan papa cepat sembuh ya korang, papa akan bangkit dan melanjutkan perjuangan papa untuk pecahkan Malaysia Book of Record pada 3 Ogos 2025 pukul 8 malam nanti, terimakasih yang sudah support papa♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman

Aliff berkata, sejak dua hari lalu badannya tiba-tiba menggeletar, timbul tompok merah serta mengalami gangguan tidur sehingga terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.

Aliff kongsi pengalaman diserang penyakit misteri.

- IKLAN -

“Ada yang kata saya kena jilat jin, kena sihir… wallahu a‘lam. Ini kali pertama saya rasa gatal luar biasa, susah tidur, menggeletar masa live,” katanya ketika ditemui pada kempen jualan beg di sekitar Masjid India, Rabu.

@papalarisofficial

Doakan papa semoga sihat ya❤️

♬ Treeka – Mello Music

Dua suntikan, badan masih lemah

Menurut Aliff, doktor memberikan dua suntikan bagi meredakan simptom, namun beliau masih berasa lemah dan sukar berjalan stabil. Isterinya, Datin Shahida, membawa beliau ke hospital sejurus keadaan kesihatan merosot awal pagi Rabu.

Tolak tuduhan ‘gimik’

Figur media sosial itu menafikan dakwaan segelintir warganet kononnya insiden tersebut sekadar gimik bagi melariskan jualan.

“Orang sangka saya buat drama, tapi saya tak minta pun jadi begini. Saya sendiri takut… harap bukan ada pihak yang cuba kenakan saya,” ujarnya.

Kejar rekod Malaysia Book of Records

Meskipun belum pulih sepenuhnya, Aliff meneruskan kempen “jualan terpantas di media sosial” yang disasarkan berlangsung 3 Ogos ini, sekali gus mencabar catatan Malaysia Book of Records.

Beliau turut mengagihkan mangga dan tudung percuma kepada pelanggan sebagai promosi awal, selain berikrar menyumbang sebahagian hasil jualan kepada anak-anak yatim jika sasaran tercapai.

“Saya kena kuat demi impian ini. Kalau berjaya Ahad nanti, sebahagian hasil akan disalurkan kepada anak-anak yatim sebagai tanda syukur,” katanya.

Aliff berkempen sempena jualan terpantas di media sosial.

Harap sembuh segera

Aliff meminta orang ramai mendoakan kesihatannya dan memaklumkan akan berehat seketika selepas sesi promosi selesai.

“Saya reda, mungkin ini ujian. Doakan saya cepat sembuh,” katanya ringkas.

Sumber – mstar.com.my