Ameng Beri Perkembangan Terkini Kesihatan A. Aida, Darah Beku Serang Jantung & Paru-Paru

Datuk A Aida dirawat di ICU akibat komplikasi darah beku di jantung dan paru-paru selepas pembedahan lutut. Keluarga mohon doa peminat agar beliau segera sembuh.

UPDATE TERKINI : Tahap Kesihatan Datuk A. Aida Bertambah Baik, Sudah Boleh Bercakap Tanpa Alat Bantuan Oksigen

Industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita mengenai keadaan pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pendedahan terbaru datang daripada bekas suaminya, Ameng, yang berkongsi maklumat terkini serta memohon doa semua, susulan komplikasi serius yang dihadapi A Aida.

@bharianmy A Aida rebah selepas fisioterapi, kini ditidurkan di ICU #beritaditiktok ♬ original sound – Berita Harian

Komplikasi Bermula Selepas Pembedahan Lutut

Menurut Ameng, A Aida baru sahaja menjalani pembedahan lutut dengan memasukkan gel bagi mencegah masalah yang mungkin timbul. Walaupun A Aida masih mampu berjalan selepas prosedur tersebut, komplikasi secara tiba-tiba telah menyerangnya ketika menjalani rawatan ini.

- IKLAN -

Darah Beku Di Jantung & Paru-Paru, Tekanan Oksigen Menurun

Lebih memeranjatkan, selepas dua hari ditidurkan, keadaan A Aida berubah apabila serangan jantung telah berlaku. Hasil penjelasan Ameng, A Aida mengalami darah beku di jantung dan paru-paru yang menyebabkan tekanan oksigen dalam badan A Aida jatuh ke paras cukup rendah, sekitar 30 hingga 35. Kata Ameng, “Mungkin Aida dah ke arah nak sakit jantung. Cuma kebetulan masa dia buat rawatan lutut itu, serangan jantung datang.”

Anak Sulung Jadi Rujukan Utama Keluarga & Media

Ameng turut menasihati pihak media dan orang ramai untuk bertanya lebih lanjut kepada anak sulung mereka, Wan Az Aleesa, bagi mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan ibunya. Ameng turut menggambarkan keadaan Aida sebelum pembedahan lutut, masih mampu berbual dengan doktor serta kelihatan tenang, malah doktor yang merawatnya ialah peminat Ameng sendiri.

Sejarah Keluarga & Doa Netizen

Untuk rekod, Ameng dan A. Aida pernah mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun dan dikurniakan dua cahaya mata, Wan Az Aleesa (29 tahun) dan Wan Azeva Natassha (24 tahun). Khabar terbaru ini nyata meruntun hati keluarga dan ramai rakan industri serta peminat yang mendoakan kesembuhan serta kesejahteraan buat A Aida.

Semoga Datuk A Aida segera sembuh dan kembali aktif dalam dunia seni. Doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama beliau dan keluarga.

UPDATE TERKINI : Tahap Kesihatan Datuk A. Aida Bertambah Baik, Sudah Boleh Bercakap Tanpa Alat Bantuan Oksigen

Sumber – Harian Metro