Bini dah sarat mengandung , abang Cameron Highland menangis dipenjara 9 hari lagi

Bini dah sarat mengandung , abang Cameron Highland menangis dipenjara 9 hari lagi

Terkini , kecoh di media sosial apabila seorang lelaki atau lebih dikenali abang Cameron Highland bertindak kasar sehingga mendatangkan kecederaan ke atas seorang pemandu wanita yang berlaku di Cameron Highland.

Bahkan, terdapat warganet turut mendedahkan bahawa lelaki sama bertindak menampar dua pelayan restoran gara-gara tidak berpuas hati makanan yang dipesannya lambat diterima.

Disebabkan itu, pelaku dikenali Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, telah ditahan oleh pihak polis dan kini ditambah hukuman penjara sembilan hari lagi berserta denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Cameron Highland selepas mengaku bersalah.

Tertuduh yang juga seorang penyelia kilang mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Qasiratuljannah Usmani Othman.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Zaim Faiz didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pelayan restoran warga asing, Samir Das yang bertempat di Tanah Rata, Cameron Highland pada jam 4.20 petang, 4 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Seterusnya, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang lagi pelayan restoran, V Dennis Pillai, 23, di lokasi dan masa yang sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

abang Cameron Highland menangis dipenjara 9 hari lagi

Sementara itu, tertuduh menitiskan air mata sewaktu merayu hukuman denda paling minimum memandangkan dia perlu menangung seorang isteri yang sarat mengandung dan dijangka bersalin pada hujung bulan ini.

Malah, tertuduh yang juga memiliki seorang anak masih kecil turut membiayai kos rawatan ibunya dengan jumlah pendapatan bulanan sebanyak RM1,500. Dalam pada itu, tertuduh juga menyatakan dirinya insaf selain berjanji tidak akan mengulangi kesilapan pada masa hadapan.

Sekadar info, bagi setiap pertuduhan, tertuduh dikenakan hukuman penjara sembilan hari dari tarikh tangkapan iaitu semalam dan didenda berjumlah RM1,000 bagi setiap pertuduhan. Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, maka mahkamah menetapkan lelaki berkenaan perlu menjalani penjara tambahan sembilan hari lagi. Isteri tertuduh kemudiannya membayar denda.

Mahkamah bagaimanapun menetap kedua-dua hukuman penjara itu dijalankan secara serentak.

Semoga dapat jadi iktibar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar tertuduh benar-benar insaf selain menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran dan iktibar buat seluruh rakyat Malaysia.

Komen Netizen :

Sumber: FB Harian Metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*