“Ada jaminan tak saya tak perlu bayar loan pertama? Tiada. Jangan buat statement hanya untuk redakan suasana” – Pelanggan
Luahan Nagakanni Subramaniam mengenai kereta barunya yang rosak akibat enjin dimasuki bendasing berupa gula telah mendapat perhatian ramai sehingga dikongsikan sebanyak 14,000 kali. Susulan itu juga, wakil syarikat pengeluar akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi setelah konflik itu berlarutan tanpa kesudahan selama 2 bulan.
Siasatan menyeluruh tentang isu ini sedang dijalankan
Menurut penjelasan yang dibuat malam tadi, Ketua Pegawai Operasi Sales, Encik JH Rozman Jaafar menegaskan pihak mereka sudah melakukan tindakan lanjut bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu yang dihadapi oleh Nagakanni. Antara solusi yang dicadangkan adalah mereka akan membeli semula kereta rosak tersebut dan bakal memberikan kenderaan sementara untuk kegunaan pelanggan terbabit.
Dah 2 bulan, masih tiada maklumat terperinci tentang pembelian semula
Walau bagaimanapun, Nagakanni tampil mengeluarkan kenyataan balas dan mempersoalkan beberapa perkara. Antara penyelesaian lain yang dicadangkan kepadanya adalah membuat pinjaman baru untuk membeli kereta baru. Isunya di sini, Nagakanni tidak diberikan sebarang jaminan (secara hitam putih) mengenai pembatalan pinjaman pertamanya. Bahkan hingga sekarang, dia masih perlu membayar komitmen bulanan kereta rosak itu seperti biasa.
Kalau betul nak beli kereta saya, silakan…Tapi mana black & white tu? Tiada
Bukanlah berniat untuk mencetuskan pertengkaran atau mengejar viral semata-mata, sebaliknya dia cuma berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik oleh pihak pengeluar. Di samping itu, Nagakanni mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang sudah bantu mewar-warkan isu berkenaan.
KREDIT : FB Nagakanni Subramaniam & Perodua
[redirect url=’https://shope.ee/6pbNrj5zia’ sec=’30’]