Gambar Ketika Majlis Akad Nikah, Farah Lee Dan Suaminya, Fuad. Perkongsian Farah Lee Di Instagram Juga Dihujani Dengan Ucapan Tahniah. Wah Diam-Diam Je Farah Ni, Handsome Suami Farah. Kapsyen Dan Hashtag Tu Paling Win, Macam Tu Je Farah Umum Kahwin !!
Farah Lee antara selebriti dan pempengaruh yang popular dan pernah bergelar isteri kepada salah seorang pengacara terkenal TV3. Perkahwinan terdahulu Farah dikurniakan dengan seorang anak perempuan. Setelah 7 tahun bergelar ibu tunggal, Farah akhirnya kembali bergelar isteri.
Meninjau akaun Instagram Farah Lee, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Farah bersama seorang jejaka. Cantik dalam busana pengantin berwarna hitam, Farah memegang jambangan bunga dan memaut tangan Fuad. Dengan kapsyen tertulis ‘ Okay done kahwin lagi sekali ‘, perkongsian ini membuatkan ramai yang teruja dan terkejut.
Tiada angin tiada ribut, Farah kini sah menjadi isteri kepada Fuad Hashim. Hashtag Farah juga ada menyebut Good Luck Fuad. Pastinya berita ini membawa kegembiraan kepada semua pengikut Farah yang mengikuti perkembangan Farah dari Farah bergelar ibu tunggal sehingga lah sekarang. Happy lah Maream ada orang jaga Omma.
Menerusi perkongsian di Portal Sinar Plus, berita dan gambar sekitar pernikahan Farah ini ada juga dikongsikan. Wajah penuh suami Farah jelas kelihatan menerusi gambar yang dimuatnaik. Farah kelihatan duduk bersama anaknya, Maream di atas pelamin ketika sesi ijab dan qabul.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian di IG InaiJari01 :
Perkongsian oleh Farah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 48 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :
” Haha caption dan hashtag tu takut.. barakallahulakuma farahlee_ n dan husband.. alhamdulillah congratulations sis.. ”
” Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama‘a bainakuma fi khairin.. Alhamdulillah tahniah farah.. What a pleasant surprise.. Semoga kekal bahagia bersama hingga ke jannah.. hugs for maream.. ”
” Macam tu je dia umum kahwin weh haha.. Alhamdulillah tahniah.. penat simpan rahsia besar dari Hazra hahahahahahaha sepul pn aku bru bgtau hari ni.. ”
” Yeay nak congrats lg sekali walaupun awal2 da tahu…. Alhamdulillah so happy for u farah. Moga kekal bahagia hingga ke Syurga firdausi.. ”
” Camtu je caption kahwin dia.. Tanjat la kak Farah, barakAllahulakuma.. May Allah swt always bless you and Maream with an abundance of happiness. Happy for u Farah syayanggg.. ”
” Aaa camtu je, alhamdulillah. Tahniah kak Farah. Random sangat tetiba dah kahwin.. moga sentiasa dijaga dan dilindungi dengan penuh bahagia.. ”
” Weh caption.. siyes ke ni Alhamdulillah.. Semoga berbahagia dan penuh berkat Farah dan suami.. Tahu tahu kahwin, congrat Kak Farah.. ”
Alhamdulillah bermula kembali kehidupan bergelar isteri buat Farah. Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Farah dan suami. Semoga bahtera rumahtangga yang dibina ini disulami dengan kasih sayang dan berkekalan sampai ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Farah Lee, IG Hazra Ngah, Portal Sinar Plus, IG InaiJari01
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.