Agong Pandu Sendiri Proton Satria Neo WWW1 Tiba di Putrajaya

satria neo

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, hari ini berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya dengan gaya yang cukup mencuri perhatian.

Baginda membuat kejutan apabila tiba jam 8 pagi dengan memandu sendiri kereta Proton Satria Neo bernombor pendaftaran WWW1 berwarna biru. Kehadiran Seri Paduka berdua disambut sorakan serta tepukan ribuan pengunjung yang membanjiri kawasan acara sejak malam sebelumnya.

satria neo

@wanutamaofficial Tuanku Agong sampai drive Satria Neo aja! Style! Daulat Tuanku! #merdeka2025 #ydpagong #satrianeo #daulattuanku ♬ original sound – Unreal Record

Ikon kereta nasional

Proton Satria Neo merupakan model hatchback kompak keluaran Proton antara tahun 2006 hingga 2015, dikuasakan enjin CamPro 1.3 hingga 1.6 liter dengan teknologi Cam Profile Switching (CPS) bagi varian berkuasa tinggi.

- IKLAN -

Turut mengiringi baginda ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, yang memandu sebuah lagi Proton Satria Neo R3 berwarna putih.

satria neo

Sambutan penuh adat istiadat

Ketibaan Seri Paduka Baginda di pentas diraja disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiupan nafiri bergema sebelum lagu Hormat Diraja dan Negaraku dimainkan oleh pancaragam Kawalan Kehormatan Utama.

Upacara turut dihiasi terbang lintas lima helikopter yang membawa Jalur Gemilang serta bendera ATM, TDM, TLDM dan TUDM di ruang udara Putrajaya.

satria neo

Pemeriksaan perbarisan & perarakan mega

Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa perbarisan dan menerima Tabik Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang berkekuatan empat pegawai serta 103 anggota lain-lain pangkat.

Sambutan tahun ini diserikan dengan pelbagai persembahan, perarakan dan pameran melibatkan:

  • 14,010 peserta

  • 81 kontinjen

  • 21 kumpulan pancaragam

  • 437 aset darat & udara

  • 116 haiwan perkhidmatan

  • 7 kereta berhias

Kesemua kontinjen mewakili agensi kerajaan, pasukan keselamatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta, menjadikan perayaan kali ini antara yang paling meriah di Putrajaya.

Sumber – Berita Harian dan Tiktok @wanutamaofficial