Syamsul Yusof akhirnya pulang jumpa ibu bapa, pertemuan turut disertai Puteri Sarah
PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof akhirnya bertemu ibu bapanya setelah sekian lama tidak pulang bertemu mereka.
Detik manis kepulangannya dikongsi ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail menerusi Instastory miliknya pada malam Rabu.
Menerusi hantaran tersebut, Syamsul yang memakai jaket hitam dan seluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.
Patimah tersenyum manis menyambut kepulangan Syamsul.
Patimah turut memuat naik lagu latar belakang Syukran Lillah nyanyian Sabyan yang liriknya mengungkapkan rasa syukur.
Dalam perkongsian lain, Patimah turut berkongsi foto bersama bekas isteri Syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana serta suaminya Datuk Yusof Haslam.
Syamsul pula mendukung anak perempuannya Sumayyah dan kesemua mereka kelihatan ceria sambil tersenyum.
Patimah pada pagi Rabu memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan.
Syamsul dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah dan ibu bapanya hanya mengikuti perkembangan semasa menerusi laporan media.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.