Budak Tarik Tali Rafia Atas Tanah & Muncul Tangan, Gadis Ditanam Tanpa Pakaian

Pada 6 September lalu, Nia Kurnia Sari, 18, telah keluar dari rumah untuk menjaja kuih seperti hari-hari kebiasaan. Namun menjelang jam 8.00 malam, keluarga mula gusar kerana Nia masih belum pulang ke rumah. Dari situ, mereka segera membuat laporan polis sebelum operasi menjejaki Nia dijalankan secara besar-besaran dengan kerjasama daripada 200 penduduk kampung.

Seorang budak terjumpa tali rafia atas tanah

Pada hari ketiga, seorang kanak-kanak yang turut mengikuti usaha pencarian Nia tiba-tiba terjumpa tali rafia di atas tanah. Apabila ditarik, muncul pula satu tangan manusia yang benar-benar mengejutkan. Setelah timbunan tanah itu digali, ternyata benar. Nia telah ditanam dalam lubang sedalam 1 meter dalam keadaan tangan berikat tanpa seurat benang di tubuhnya. Lokasi ‘kubur’ itu terletak di kawasan kebun yang hanya berjarak 500 meter dari rumah keluarganya.

Kuih berserakan di tanah…Tudung dijumpai di lokasi berbeza

Dalam masa sama, tudung dan kuih jualan Nia yang bersepah di atas tanah turut dijumpai di 2 lokasi berlainan. Berdasarkan keadaan menyayat hati Nia saat ditemui, polis tidak menolak kemungkinan tentang unsur jenayah berat dalam kejadian ini. Tambahan pula, beberapa kesan kecederaan turut ditemui pada tubuh gadis tersebut. Nia selalunya keluar menjaja kuih pada jam 4.00 petang dan akan pulang pada jam 6.00 petang. Penduduk sempat melihat kelibat gadis itu menjunjung bekas kuihnya pada petang 6 September sebelum dilaporkan hilang.

Belum ada petunjuk mengenai suspek

Menurut keluarga, Nia merupakan seorang anak yang ceria dan rajin mencari duit untuk menampung perbelanjaan keluarga. Dia baru sahaja menghabiskan zaman sekolah, namun hasrat untuk menyambung pelajarn kini tidak kesampaian. Hingga saat ini, polis berusaha keras menjejaki pelaku dan keluarga berharap semoga dalangnya bakal diberikan hukuman berat.

sumber: kisahdunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.