Anak Ketiga Demam, Yana Samsuddin Turut Dijangkiti! Suami Kongsi Kisah Sayu Di Hospital!

- IKLAN -

Pelakon popular, Yana Samsuddin, kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor selepas mengalami demam panas yang menyebabkan dirinya berada dalam keadaan lemah.

Menurut suaminya, Fadzil Zahari, 41, Yana dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Dia demam panas, mula-mula anak saya demam dulu. Sudah dua hari juga dia tak sihat badan. Tiba-tiba badan dia jadi panas, sakit badan dan sendi. Sehari juga terbaring,” kata Fadzil ketika dihubungi mStar.

Fadzil menjelaskan bahawa Yana dipercayai dijangkiti demam daripada anak ketiganya dan kemungkinan turut mengalami keletihan kerana sedang mengandung serta penat menjaga anak-anak yang tidak sihat.

“Anak demam dah okay sekarang, tapi Yana nampak macam berjangkit daripada anak. Dia pun tak keluar rumah, cuma jaga anak je. Mungkin badan dia nak suruh rehat sebab sedang berbadan dua,” tambahnya.

Yana dijangka akan bersalin anak keempat pada bulan Oktober tahun ini.

Dalam masa yang sama, Fadzil memohon doa daripada orang ramai agar isterinya dan bayi dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik. Dia juga memohon maaf kerana terpaksa menunda beberapa kerja dan penggambaran buat sementara waktu sehingga Yana pulih sepenuhnya.

“Doakan isteri dan bayi dalam kandungan sihat. Saya mohon maaf sebab ada kerja penggambaran dan siaran langsung yang terpaksa ditunda,” ujarnya.

Sebagai info, Yana atau Norliana binti Samsudin dan Fadzil telah berkahwin sejak tahun 2015 dan kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata keempat mereka.

Kredit – mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*