Viral Video Wanita Halau Jemaah, Pengurusan Musolla Tegaskan Surau Buka Untuk Semua!

- IKLAN -

Pengurusan Musolla Halaman 11 di Bandar Rimbayu, Selangor menafikan dakwaan bahawa pintu surau dikunci untuk menghalang orang luar beribadat. Mereka menegaskan surau sentiasa terbuka kepada semua jemaah tanpa mengira tempat tinggal, dan segala kos operasi ditanggung melalui sumbangan orang ramai. Isu ini timbul selepas tularnya video seorang wanita menghalau jemaah bukan penduduk dari surau tersebut, yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.

Pihak pentadbir dan barisan ahli jawatankuasa (AJK) Musolla Halaman 11 menafikan dakwaan bahawa bayaran semua bil utiliti rumah ibadat itu menggunakan wang daripada yuran penyelenggaraan penduduk.

Sebaliknya segala kos operasi berkaitan pengurusan surau yang terletak di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, Selangor itu menggunakan hasil sumbangan orang ramai termasuk individu yang dihalau seorang wanita seperti video yang tular di media sosial.

“Dalam video tu ada sebut Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) yang bayar. Tidak benar, sebaliknya surau yang bayar 100 peratus segala bil elektrik dan air.

“Pakcik dalam video tu juga salah seorang penyumbang kepada surau berkenaan,” kata salah seorang AJK Musolla Halaman 11 yang enggan dinamakan ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Individu yang dihalau salah seorang penyumbang surau.

Menurut individu berkenaan, wanita yang membuat rakaman itu merupakan ‘orang kuat’ JMB.

Menjelaskan tentang polisi Musolla Halaman 11 membabitkan jemaah luar, AJK berkenaan berkata pihaknya sentiasa terbuka menerima siapa sahaja untuk mengimarahkan rumah Allah itu tanpa prejudis.

Namun hal itu dibangkitkan JMB sejak beberapa bulan lalu yang tidak bersetuju menerima jemaah luar.

“Berkenaan dengan video yang tular, kes itu berlaku tiga bulan lalu dan dirakam sendiri oleh orang JMB.

“Dia juga ada menyebut berkaitan kes curi, sebenarnya tidak berlaku kes curi di surau sebaliknya di blok perumahan.

Kami tidak pernah mengunci pintu untuk menghalang orang ramai beribadat.

AJK MUSOLLA HALAMAN 11

“Selain itu pakcik dalam video itu juga memang kami kenal kerana sudah menjadi jemaah di surau itu setiap masa,” katanya.

Difahamkan pakcik itu masih setia menjadi jemaah di surau berkenaan hingga ke hari ini.

Ditanya mengenai hubungan pihak pengurusan Musolla Halaman 11 dan JMB, AJK berkenaan memaklumkan berlaku perbincangan bagi membenarkan orang luar masuk untuk beribadat di surau tersebut.

“JMB minta kami buat surat permohonan dan sudah pun kami buat.

Besar ganjaran mereka yang menunaikan solat secara berjemaah. -Gambar hiasan

“Kami di pihak pengurusan sentiasa mengalu-alukan orang luar untuk sama-sama mengimarahkan surau dan tidak pernah mengunci pintu untuk menghalang orang ramai beribadat,” katanya.

Terdahulu tular video di media sosial [Tonton Video] tentang seorang wanita menghalau jemaah yang sedang beiktikaf dengan membaca al-Quran di dalam sebuah surau.

Tindakan itu dibuat disebabkan lelaki berkenaan bukan penduduk di kawasan perumahan terbabit.

Kesimpulannya, pengurusan Musolla Halaman 11 menegaskan bahawa surau tersebut sentiasa terbuka untuk semua jemaah tanpa mengira latar belakang atau kediaman. Isu yang timbul adalah akibat salah faham dan ketegangan sementara antara pihak pengurusan dan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB). Pengurusan berharap agar surau terus menjadi tempat ibadah yang aman dan damai bagi semua umat Islam, serta menggalakkan perpaduan dan hormat-menghormati antara penduduk dan orang luar.

Kredit – mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*