Masa sihat pon tak jenguk..Rita berang bekas suami tak jenguk anak patah tangan
Pelakon, Rita Rudaini berkongsi keadaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang mengalami patah tangan di sekolah, minggu lalu.
Rayyan Alami Patah Tangan Kanan
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram dapat dilihat Rayyan dalam keadaan tangan kanannya yang berbalut sedang terbaring di atas katil di Hospital Tampin.
“Episod 1. Kejadian minggu lepas. Hari pertama sekolah. Selepas cuti hari raya.
Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan. Sebab..Bersambung Episod 2. Terima kasih pada yang mendoakan Ryan. Dan terima kasih Hospital Tampin.”-kongsi Rita di Instagram
“Masa Sihat Walafiat Pun Tak Ambik Tau….”
Di ruangan komen, Rita dilihat membalas komen netizen yang mempersoalkan bekas suaminya yang juga bapa kepada anak-anak mereka, iaitu Aidil Zafuan yang dikatakan tidak menziarah Rayyan di hospital.
“Ayooo. Time sihat walafiat pun tak ambik tau. Tak payah la tanya pasal arwah. Spoil laa.”-balas Rita di ruangan komen
Bahagia & Tenang Bersama Anak-Anak
Tambahnya lagi, Rita menerusi Insta Stories yang turut menggelar bekas suaminya sebagai ‘arwah, menegaskan bahawa dia dan anak-anaknya sudah berada dalam keadaan bahagia dan tenang dan meminta orang ramai henti bertanyakan mengenai bekas suaminya itu.
“Sikit-sikit nak tag si ‘arwah’. Sikit-sikit tanya ‘si polan’ tak datang tengok ke?’ Adoii dah-dah la tu korang pun.
Sebelum ni nampak arwah berjasa ke untuk diorang? Takde kan… 14 tahun dah.. Nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itupun kalau dapat cari la.
Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang.”-tegas Rita
Sekadar info, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008. Walaubagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah pada 5 September 2013. Mereka juga dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, dan Airit Qaqa Arjuna.
Kredit-murai.my
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.