Baru dua hari bersalin, gelagat Emma Maembong yg sudah mendukung anak sulungnya mengejutkan ramai. Sekali tak sangka dia kata begini.

Pelakon Emma Maembong baru-baru ini telah selamat menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Shakil Aryan Shah.

Berita gembira itu dikongsi suaminya, Shazli Azhar memaklumkan Emma melahirkan anak secara normal seberat 3.4 kilogram.

Terbaru, tindakan pelakon ini yang dikatakan tak berpantang mengundang rasa kurang senang netizen. Mana tidaknya, Emma dilihat aktif bergerak siap mendukung anak sulungnya, Shariq Gabriel ketika majlis aqiqah anak keduanya.

Selain itu, Emma juga dilihat duduk bersila membuatkan netizen berasa ‘seriau’ dan ‘ngilu’ di bahagian bawah. Aduh risau betul peminat ya.

Dalam pada itu, netizen meninggalkan pengalaman masing-masing di mana ada yang bentan gara-gara mengabaikan peraturan berpantang.

Kredit: Instagram Emma Maembong

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*