(Video) Anak perempuan Nabil Ahmad kantoi keluar ‘dating’ – “saya baru tau ni…”

KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Nabil Ahmad mengakui terkejut apabila mendengar khabar bahawa anak sulungnya, Naira Mikayla, 13, didakwa sedang menjalin hubungan istimewa.

Menurut Nabil, sejak minggu lalu dia menerima usikan rakan-rakan yang mengucapkan tahniah kononnya dia bakal “menerima menantu”, namun tidak memahami apa yang berlaku sehinggalah mengetahui kewujudan sebuah video tular di TikTok memaparkan Mikayla bersama seorang remaja lelaki.

“Dari hari itu, saya asyik dengar orang cakap ‘tahniah dapat menantu’. Saya sendiri pelik.
“Hari ini baru saya tahu ada video tular, tapi saya belum sempat tengok lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP Era di Astro Bukit Jalil, Selasa.

Telefon bimbit hanya hujung minggu

Mengulas lanjut, Nabil menegaskan beliau dan isteri, Nazirah Ayub, sentiasa memantau pergaulan anak-anak. Malah, penggunaan telefon bimbit Mikayla dihadkan kepada hujung minggu sahaja bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

- IKLAN -

“Saya benarkan dia guna telefon Sabtu dan Ahad sahaja. Isnin sampai Jumaat, telefon dipegang ibunya,” kata hos rancangan MeleTOP itu.

Fasa ‘cinta monyet’, belum sesuai bercinta serius

Nabil menyedari usia remaja adalah tempoh “cinta monyet”, namun menegaskan Mikayla masih terlalu muda untuk menjalinkan hubungan serius.

“Belum masanya lagi… dia baru 13 tahun. Kalau setakat berkawan di sekolah, saya tak boleh halang, tapi saya akan pantau,” jelasnya.

Tambah Nabil, isterinya sudah memaklumkan lebih awal tentang dakwaan Mikayla berkawan rapat dengan seseorang, dan mereka berdua sepakat menetapkan garis panduan ketat demi menjaga batas pergaulan anak.

Video berdurasi beberapa saat yang memaparkan Mikayla bersama seorang remaja lelaki dalam keadaan mesra telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen sejak hujung minggu lalu.

TONTON VIDEO :

@mstarmalaysia Diusik bakal dapat menantu, Nabil terkejut anak didakwa ada teman lelaki #sembangentertainment #mstar #nabilahmad ♬ original sound – mStar Official

Sumber – Gempak